fbpx
Now Reading
Pelantikan Veteran ATM Sebagai Warden MRSM: Disiplin Pelajar Meningkat & Tiada Lagi Pergerakan Selepas 11.30 Malam

Pelantikan Veteran ATM Sebagai Warden MRSM: Disiplin Pelajar Meningkat & Tiada Lagi Pergerakan Selepas 11.30 Malam

Empat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilantik sebagai warden asrama MRSM Besut kini memulakan tugas dengan menggunakan prinsip yang diterapkan dalam tentera iaitu ‘kebijaksanaan dalam ketegasan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, kes buli dalam kalangan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi. Lihat sahajalah, ada sahaja kisah yang dipaparkan di media sosial melibatkan kes ini.

Oleh kerana itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telahpun mengambil pendekatan dengan melantik bekas tentera dan polis bagi menangani kes tersebut khususnya dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain membentuk disiplin mereka.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, langkah itu merupakan projek rintis kerjasama Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis melibatkan beberapa MRSM bagi melihat keberkesanan inisiatif tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MRSM: 5 Pelajar Telah Dirakam Keterangan, MARA Perhalusi Cadangan Ambil Bekas Tentera & Polis Jadi Warden

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Perkasakan Disiplin Pelajar MRSM, MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden

Malah, pada 13 Ogos lalu, Dr Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di Facebook miliknya telah mengumumkan pelantikan secara rasmi serta memberi taklimat kepada veteran ATM yang dilantik sebagai warden asrama.

MARA LANTIK WARDEN MRSM BEKAS TENTERA SEPENUH MASA “Tegas pada prinsip, hikmah pada pendekatan. Dengar sebelum…

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday 12 August 2025

Veteran Angkatan Tentera Malaysia Terapkan Prinsip Tentera Tangani Kes Buli

Terbaharu, empat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilantik sebagai warden asrama MRSM Besut kini memulakan tugas dengan menggunakan prinsip yang diterapkan dalam tentera iaitu ‘kebijaksanaan dalam ketegasan’.

Empat veteran tersebut adalah:

  1. Pegawai Waran (PW) II, Sarjan Mejar Skuadron (B) Azman Zahari dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan.
  2. Flait Sarjan (B) Kamarul Azron Che Kamaruddin dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut.
  3. Sarjan (B) Rohaniza Wahab, dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
  4. Bintara Kanan TNL (B) Rohayah Mohamed, dari KD Pelandok, Lumut, Perak.

4 Veteran Akan Bertugas Dari 10 pm Sehingga 7 am, Guna Cara Yang Lebih Sesuai Dengan Status Pelajar

Malah, salah seorang warden berkenaan yang dikenali sebagai Azman bersama tiga rakannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada MARA kerana memberi kepercayaan kepada veteran ATM menangani kes buli dalam kalangan pelajar.

“Dengan pengalaman luas dalam perkhidmatan tentera, kami akan melakukan yang terbaik dalam mencapai objektif projek,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Difahamkan, tugasan mereka bermula pada jam 10 malam sehingga 7 pagi dan sepanjang tempoh tersebut, beberapa aktiviti akan dilaksanakan bagi menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar.

Jelas Azman, walaupun pengalaman dalam tentera akan digunakan di MRSM namun kaedah yang digunakan tidak sama malah arahan atau aktiviti akan disesuaikan dengan status pelajar.

“Dalam tentera kita dilatih dengan ketegasan dan kekerasan tetapi di sekolah kita bawa dalam cara lain.

“Kita kena berada dalam banyak karakter kerana semuanya seperti anak kita. Ada masa kita perlu tegas, ada masa kita perlu berlembut, ada masa kita anggap mereka sebagai kawan, ada masa kita anggap mereka sebagai anak.

“Tidak perlu guna kekerasan melampau, sebaliknya tegas secara halus, dan automatik mereka akan malu, segan serta menghormati kita.

“Tanpa disedari, disiplin tertanam dalam diri masing-masing. Apabila ada disiplin, pelajar akan menghormati rakan, guru, orang lebih berusia termasuk ibu bapa dan keluarga,” katanya.

Tahap Disiplin Pelajar Mula Meningkat Selepas Seminggu Bertugas

Dalam pada itu, salah seorang veteran ATM yang dikenali sebagai Kamarul Azron mendedahkan, tahap disiplin pelajar mula meningkat selepas seminggu bertugas.

Ia berdasarkan perkongsian guru dan pengawal keselamatan yang mendakwa sebelum ini masih terdapat pergerakan pelajar di perkarangan asrama selepas jam 11.30 malam sedangkan mereka perlu tidur manakala lampu bilik dipadamkan.

Jelasnya lagi, selepas kemasukan warden luar, perkara sebegitu tidak lagi berlaku. Malah, pelajar akan diberi taklimat bermula jam 10 malam selepas solat Isyak dan sebelum pulang ke asrama.

Pemeriksaan juga turut dibuat bagi memastikan hampir 600 pelajar mencukupi sebelum dibenar pulang ke asrama pada jam 11 malam.

“Sekarang suasana malam selepas lampu dipadamkan sunyi, tidak ada bunyi suara bercakap atau melepak di kawasan asrama,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Biarlah anak VIP atau VVVIP Mana Sekalipun, You Touch You Go!”- MARA Tidak Kompromi Kes Buli

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Kompromi, You Touch You Go” – Tular Dakwaan Buli Di MRSM, Ini Respon Asyraf Wajdi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.