fbpx
Now Reading
“Fokus Utama Selamatkan Nyawa” – Saifuddin Jelaskan Laporan Perubatan Kematian Zara Qairina Lengkap

“Fokus Utama Selamatkan Nyawa” – Saifuddin Jelaskan Laporan Perubatan Kematian Zara Qairina Lengkap

Menteri KDN itu berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, Halimah Ali yang bertanyakan adakah terdapat tanda lebam atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan buli ketika pemeriksaan menyeluruh selepas Zara Qairina dimasukkan ke hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes melibatkan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut, Sabah, Zara Qairina Mahathir masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Ia susulan dakwaan kematian mangsa yang berusia 13 tahun itu mempunyai kaitan dengan kes buli.

Walaupun telah hampir sebulan berlalu, kes tersebut masih menjadi topik utama perbualan ramai pihak termasuklah di Parlimen.

Malah, semalam (20 Ogos), lima remaja perempuan bawah 18 tahun telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada bulan lepas.

Doktor Rawat Zara Sudah Sedia Laporan Selepas Kematian, Fokus Untuk Selamatkan Nyawa – Menteri KDN

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan doktor yang merawat Zara Qairina telahpun menyediakan laporan perubatan lengkap selepas kematiannya.

Ketika ditanya sama ada doktor terbabit menemui tanda-tanda penderaan atau lebam berkaitan buli, Saifuddin menjelaskan keutamaan pada ketika itu adalah menyelamatkan nyawa Zara Qairina.

“Keutamaan doktor (ketika itu di hospital) adalah untuk menyelamatkan nyawanya.

“Pada masa itu, siapa yang tahu mengenai kejadian buli? Tiada siapa. Keutamaannya ialah menyelamatkan nyawa terlebih dahulu. Hanya sekarang kita tahu ada unsur buli.

“Pada masa itu, adakah kita mahu periksa bukti buli atau fokus kepada menyelamatkan nyawa? Doktor memilih untuk menyelamatkan nyawa, itu adalah fakta.

“Apabila punca kematian dikenal pasti sebagai kecederaan otak serius yang menghalang oksigen sampai ke otak, laporan perubatan sudah merekodkan semuanya.

“Segalanya dilakukan dan direkodkan dengan teratur, tiada masalah,” jelasnya.

Butiran Lanjut Akan Dijelaskan Dalam Prosiding Inkues

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, Halimah Ali di Dewan Rakyat yang bertanyakan adakah terdapat tanda lebam atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan buli ketika pemeriksaan menyeluruh dari kepala hingga kaki sewaktu mangsa dimasukkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan segala butiran tersebut akan dijelaskan dalam prosiding inkues akan datang.

Prosiding Inkues Berjalan Selama 19 Hari

Untuk info, ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, membuat laporan polis pada 3 Ogos lalu di Balai Polis Sipitang selepas melihat lebam ketika memandikan jenazah Zara di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.

Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sebelum mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia keesokan hari selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.

Kuburnya kemudian digali semula bagi tujuan bedah siasat dan inkues.

Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu, Sabah kemudiannya menetapkan 19 hari bagi prosiding inkues tersebut dan tarikh perbicaraan pula adalah pada:

  • 3 hingga 4 September 2025
  • 8 hingga 12 September 2025
  • 17 hingga 19 September 2025
  • 22 hingga 30 September 2025

Menurut Peguam Keluarga, Hamid Ismail, seramai 195 saksi telah disenaraikan bagi proses inkues.

Namun jumlah akhir tertakluk kepada Jabatan Peguam Negara yang akan menyusun semula atau mengurangkan bilangan saksi berdasarkan keperluan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kematian Zara Qairina Tiada Kaitan Dengan Cucu TYT & Isteri Menteri – Saifuddin Nasution

Baca Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: Hasil Bedah Siasat 2 Bulan Terlalu Lama – Ketua UMNO Bahagian Subang

Baca Artikel Berkaitan: Keluarga Zara Qairina Didakwa Bakal Saman Doktor Berhubung Kenyataan ‘Memang Terjun Sendiri’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.