KDN Dedah Budak 12 Tahun ‘Jual Tubuh’ Di Media Sosial, Jana Pendapatan Lebih Tinggi Dari Ibu Bapa
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun berkenaan turut mengasaskan laman web lucah yang dikendalikan bersama empat rakannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak belakangan ini, ada sahaja kisah atau laporan yang dipaparkan di media sosial berkaitan pelajar sekolah.
Antara yang paling mendapat perhatian adalah kejadian buli yang semakin kerap berlaku dalam kalangan kumpulan itu meskipun telah banyak kali diberikan peringatan dan amaran.
Belum pun reda dengan kes buli, timbul pula kisah lain yang melibatkan pelajar sekolah ini iaitu kes jenayah seksual.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Alami Gegaran Otak, Dipercayai Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Kakak Tolak Cinta
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual
Budak 12 Tahun Terlibat Dengan Jenayah Seksual, Jual Tubuh & Jana Pendapatan lebih Tinggi Dari Ibu Bapa
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini polis telah menumpaskan satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Budak Sekolah’ yang terlibat dalam jenayah seksual.
Jelas beliau, dengan menggunakan laman web yang diasaskan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun dan dikendalikan bersama empat rakannya, kumpulan itu menjual gambar tubuh badan masing-masing.
Difahamkan mereka turut mempunyai kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada 762 orang ahli bagi menjalankan kegiatan berkenaan.
Lebih mengejutkan, pelajar 12 tahun tersebut sudahpun berhenti sekolah dek kerana pendapatannya yang lumayan.
“Masing-masing ambil gambar bahagian tubuh masing-masing kemudian jual. Dia berhenti sekolah sebab pendapatan jauh lebih tinggi daripada ibu bapanya,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Dewan Rakyat mengenai langkah KDN dalam melakukan penyeragaman bersama kementerian lain bagi menangani aktiviti seksual bebas di negara ini.
KDN Laksana Undang-Undang & Turut Bekerjasama Dengan Agensi Lain
Jelas Saifuddin, bagi kes tersebut, KDN perlu melaksanakan penguatkuasaan mengikut undang-undang berkaitan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Malah, KDN turut mendapatkan pandangan daripada pelbagai agensi antaranya seperti Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan serta agensi yang terlibat.
“Swinger digempur di bawah D7 (Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme Polis Diraja Malaysia) tetapi kes kanak-kanak sekolah di bawah D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Bukit Aman,” jelasnya.
5 Undang-Undang Bagi Tindakan Melibatkan Kes Jenayah Swinger
Jelas Saifuddin lagi, bagi jenayah swinger iaitu individu atau pasangan yang bertukar pasangan secara suka sama suka untuk aktiviti seksual, terdapat lima undang-undang peruntukan sedia ada bagi tindakan terhadap kes berkenaan.
Ia terdiri daripada:
- Kanun Keseksaan
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
- Akta Penapisan Filem 2002
- Enakmen syariah negeri-negeri bagi pelaksanaan penguatkuasaan bersama polis dan pihak berkuasa polis
Unit D7 Berjaya Kesan Laman Web Promosi Aktiviti Swinger
Kongsi Saifuddin lagi, unit D7 pada Ogos 2024 menerusi pengintipan telah berjaya mengesan laman web yang mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu dan menyerbu sebuah kondominium mewah di ibu negara.
“Hasil serbuan itu, pelajar universiti awam dan swasta, penjawat awam dan warga asing telah ditahan. Kemudian, kes dibuka di bawah Kanun Keseksaan,” jelasnya lagi.
Tambah Saifuddin, pertuduhan bagi kes ini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Saifuddin menjelaskan sedemikian bagi menjawab soalan asal Sabri yang mahu tahu tindakan KDN dalam menangani jenayah Swinger melibatkan penjawat awam dan pelajar universiti sama ada undang-undang sedia ada berjaya membanteras jenayah seksual dalam talian.
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai JAKIM Dedah Ada Remaja 14 Tahun Sanggup ‘Serah Badan’ Kepada 31 Lelaki Hanya Kerana Topup [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Umur 9 Tahun Paling Muda Terlibat Dengan Kes Hamil Luar Nikah, Jadi Mangsa Abang Kandung
Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak Boleh Didakwa



