fbpx
Now Reading
Mahkamah Perintah Caprice ‘Archive’ 31 Hantaran Fitnah Terhadap Asyraf Khalid

Mahkamah Perintah Caprice ‘Archive’ 31 Hantaran Fitnah Terhadap Asyraf Khalid

Keputusan berkenaan dibuat selepas Hakim Datuk Anand Ponnudurai membenarkan injunksi ad-interim secara ex-parte (sebelah pihak) dalam saman yang difailkan oleh anak Datuk K itu selaku plaintif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada hujung bulan lalu, kecoh di media sosial isu di antara penyanyi rap tanah air Caprice bersama usahawan yang juga anak tiri penyanyi nombor satu negara, Muhammad Asyraf Khalid.

Segalanya bermula apabila Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik satu hantaran yang memaparkan kapsyen ‘awak memalukan’.

Caprice memuat naik hantaran tersebut selepas Asyraf dikatakan memanggil seorang lelaki yang didakwa melakukan penganiyaaan serta mencederakan beberapa individu dalam siaran audiosiar (podcast) Apa Cerita?

Walau bagaimanapun, pihak podcast berkenaan telah tampil memohon maaf selepas menyedari ramai yang kurang senang dengan temu bual terbabit malah mereka juga membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod penuh siaran tersebut.

Pun begitu, Caprice dilihat terus memuat naik beberapa lagi hantaran berkait dengan Asyraf dan tetamu jemputannya itu.

Akhirnya pada 4 Ogos lalu, Asyraf yang juga merupakan anak kepada Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa memfailkan saman terhadap Caprice berkaitan 31 hantaran didakwa berbaur fitnah di Instagram penyanyi berkenaan sekitar 30 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Caprice Dakwa Jemput ‘Kaki Pukul’, Apa Cerita? Podcast Mohon Maaf & Batalkan Siar Episod Minggu Ini

Mahkamah Tinggi Perintah Caprice ‘Archive’ Hantaran

Terbaharu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (18 Ogos) mengarahkan Caprice untuk mengarkibkan (archive) 31 hantaran yang didakwa mengandungi unsur fitnah di Instagram miliknya.

Keputusan berkenaan dibuat selepas Hakim Datuk Anand Ponnudurai membenarkan injunksi ad-interim secara ex-parte (sebelah pihak) dalam saman yang difailkan oleh Asyraf selaku plaintif.

Menurut peguam yang mewakili Asyraf, Abdul Hakeem Aiman, segala penerbitan yang dikeluarkan oleh Caprice yang berkaitan atau merujuk kepada anak guamnya perlu diarkibkan mulai hari ini sehingga pelupusan permohonan injuksi secara dua pihak pada 2 September depan.

“Setakat ini defendan masih belum memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab tuntutan saman dikemukakan oleh pihak kami,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Hantaran Didakwa Berbaur Fitnah Antaranya Membawa Maksud Plaintif Seorang Memalukan

Sebelum ini, Asyraf selaku plaintif mendakwa hantaran berbaur fitnah itu membawa maksud dia seorang yang memalukan kerana menjemput Murad Zaidi yang merupakan seorang jurulatih peribadi ke podcast berkenaan semata-mata mahu memberi ruang kepada lelaki itu untuk membela diri.

Ia sekaligus tidak menghiraukan kecederaan yang dialami oleh mangsa akibat perbuatan leaki terbabit.

“Saya menjemput Murad untuk beliau berkongsi mengenai pengalamannya mengusahakan gimnasium dan cabaran yang dihadapi serta memberi penjelasan mengenai kenyataan Murad menerusi Instagram yang menafikan kesemua tuduhan terhadap beliau serta keluarga,” katanya dalam tuntutan saman itu.

Malah, hantaran tersebut didakwa membawa maksud bahawa plaintif menggunakan kapasitinya untuk menyalahgunakan wang, kuasa serta hubungan kekeluargaan kononnya untuk memerangkap defendan.

Dakwa Caprice Masih Serang Walaupun Dah Buat Keputusan Untuk Tidak Siarkan Episod Penuh

Bukan itu sahaja, walaupun dia telah membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod penuh seperti yang penyanyi berkenaan mahukan, namun Caprice didakwa masih berterusan menyerangnya.

Jelas Asyraf, tindakan tidak bertanggungjawab penyanyi itu menyebabkan plaintif dibenci dan dihina oleh orang ramai selain mengheret bapanya dalam pertikaian tersebut selain memberi gambaran yang tidak tepat.

Asyraf Turut Minta Caprice Mohon Maaf Secara Terbuka

Ekoran itu, Asyraf telah memohon Caprice, pekerja, wakil atau ejennya untuk berhenti menerbitkan, mengedar, menyebar atau mengulangi hantaran fitnah sama ada secara lisan atau bertulis di platform media sosial.

Malah, dia turut memohon hantaran tersebut dipadam dari mana-mana platform media sosial dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghakiman.

Pada masa yang sama, Asyraf turut memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui video dan menerbitkan video tersebut di semua akaun media sosial.

Plaintif juga memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Baca Artikel Berkaitan: “Hang Memang Berani” -Caprice Bayarkan Denda RM1,000 Jurutera Conteng ‘Terrorist’ Di Kedutaan AS [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Akur Dengan Perintah Mahkamah, Caprice Padam Semua Hantaran Berkaitan UEL

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.