Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Alami Gegaran Otak, Dipercayai Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Kakak Tolak Cinta
Jelas ibu mangsa, Siti Suhana Misdi, dia mengakui kesal kerana si pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya atas alasan masih bawah umur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, hangat di platform media sosial isu mengenai kejadian buli khususnya melibatkan pelajar sekolah.
Walaupun telah berulang kali diberi peringatan atau kesedaran, masih ramai yang dilihat berani melakukan perbuatan keji ini.
Lihat sahajalah berapa banyak kejadian yang dilaporkan membabitkan keadaan mangsa yang terkesan akibat gejala tidak sihat ini.
Baca Artikel Berkaitan: Baling Botol & Sorok Motosikal, Asyraf Wajdi Arah GiatMARA Siasat Dakwaan Pelatih OKU Dibuli [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual
Baca Artikel Berkaitan: “Biarlah anak VIP atau VVVIP Mana Sekalipun, You Touch You Go!”- MARA Tidak Kompromi Kes Buli
Kanak-Kanak Lelaki Alami Gegaran Otak, Didakwa Jadi Mangsa Buli Sebuah Sekolah Agama
Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai keadaan seorang kanak-kanak lelaki, Izzul Islam Azuan Isaidi berusia 10 tahun yang kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.
Menurut ibu mangsa yang dikenali sebagai Siti Suhana Misdi, anak lelakinya yang juga merupakan pesakit kanser hidung didakwa dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh si pelaku yang merupakan murid darjah enam dalam kejadian pada 21 Februari lalu kira-kira jam 5 petang.
Jelasnya yang berusia 39 tahun, dia mengakui kesal kerana si pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya atas alasan masih bawah umur.
Pelaku Dipercayai Tidak Puas Hati Kakak Mangsa Tolak Cinta
Jelas Siti Suhana lagi, perbuatan itu dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati si pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.
“Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.
“Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Laporan Polis Telah Dibuat Namun Dakwa Kes Tidak Sesuai Dibuka
Kongsi Siti Suhana, laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Taman Universiti pada hari yang sama anaknya keluar hospital namun dia mendakwa kertas siasatan berhubung kes tersebut tidak dapat dibuka.
Apa yang dapat dibuat hanyalah sesi perjumpaan antara kedua-dua belah keluarga.
“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.
“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,” jelasnya.
Anak Sekali Lagi Jadi Mangsa Buli, Kali Ini Pelaku Berbeza
Lebih malang, anaknya itu sekali lagi menjadi mangsa buli dalam kejadian berbeza pada 7 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi di sebuah sekolah kebangsaan Skudai, Johor.
“Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa (buli), adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.
“Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80% dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” katanya.
Pada masa yang sama, Siti Suhana memaklumkan dia sudah membuat laporan polis kali kedua Jumaat (15 Ogos) lalu.
JPN Negeri Johor Dah Ambil Tindakan Lanjut Berhubung Aduan
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin, pihaknya serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut berhubung aduan berkenaan.
“Semalam (16 Ogos) murid berkenaan dan keluarganya dikunjungi bagi tindakan lanjut,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Bendung Gejala Buli, KPM Arah Sekolah Laksanakan Laungan ‘Kami Benci Buli’
Baca Artikel Berkaitan: Buli Kini Satu Jenayah, Tempat Kerja Juga Tidak Terkecuali! Pelaku Boleh Dipenjara & Didenda
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Buat Kalau Taknak Anak Ikut! Ini Ciri-ciri Ibu Bapa Pembuli Yang Patut Korang Tahu



