Lelaki Disyaki Rogol Bekas Isteri Ditahan Polis
Sebelum ini, tular di media sosial hujung minggu lalu rakaman suara berdurasi enam minit yang dipercayai milik mangsa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap hari, ada sahaja kes jenayah yang dilaporkan di media sosial. Antara yang paling mendapat perhatian adalah kes curi, rompak, rogol dan bunuh.
Walaupun orang ramai telah disajikan dengan berita sebegini namun ada segelintir yang masih berani melakukannya.
Lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang sanggup melakukan perbuatan sebegitu kepada ahli keluarga sendiri.
Polis Tahan Lelaki Disyaki Rogol Bekas Isteri
Terbaharu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol bekas isterinya yang berusia 18 tahun di sebuah rumah pada Jumaat (1 Ogos) lalu.
Dia disyaki merogol mangsa dalam sebuah rumah yang terletak di Taman Yen Yen, Matang, Kuching, Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, suspek ditangkap selepas laporan polis dibuat oleh mangsa ke atasnya.
“Kejadian pada 1 Ogos lebih kurang jam 8 pagi melibatkan mangsa berusia 18 tahun dan kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Yen Yen.
“Bagaimanapun, suspek berusia 23 tahun yang merupakan bekas suami mangsa telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya yang dipetik dari Utusan Borneo.
Suspek Ditahan Reman 7 Hari
Tambah Mohd Irwan lagi, Mahkamah Majistret Kuching membenarkan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam (6 Ogos).
Penahanan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Pada masa yang sama, Mohd Irwan turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman suara berdurasi enam minit yang dipercayai milik mangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Bapa ‘Ratah’, Rakam dan Jual Video Anak Sendiri Yang Berumur Lapan Bulan
Baca Artikel Berkaitan: Jenayah Rogol: Apakah Hukumannya Mengikut Pandangan Ulama?



