fbpx
Now Reading
NGO Malaysia Zahir Rasa Kecewa Selepas Negara Arab Gesa Hamas Letak Senjata & Serah Pentadbiran Gaza

NGO Malaysia Zahir Rasa Kecewa Selepas Negara Arab Gesa Hamas Letak Senjata & Serah Pentadbiran Gaza

Dalam pada itu kumpulan NGO berkenaan turut menggesa kerajaan Malaysia untuk terus memujuk lebih banyak negara agar menyertai Deklarasi Bersama di Bogota mengenai Palestin yang dikeluarkan oleh Kumpulan Hague pada 16 Julai 2025.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak beberapa hari lalu kecoh mengenai deklarasi beberapa negara Arab seperti Qatar, Arab Saudi dan Mesir bersama Britain, Perancis serta Kanada yang menuntut Hamas meletakkan senjata dan menamatkan pemerintahannya di Gaza.

Deklarasi yang ditandatangani 17 negara Liga Arab dan Kesatuan Eropah (EU) sewaktu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat itu dikatakan ‘sebagai usaha mengakhiri perang’ selain sebagai langkah menghidupkan semula penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.

Bukan itu sahaja, negara-negara berkenaan turut mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel dan menuntut pembebasan semua tebusan yang masih ditahan.

Selain itu deklarasi berkenaan turut menyeru Hamas untuk menyerahkan senjatanya kepada pihak berkuasa Palestin, sebagai sebahagian daripada usaha untuk penyelesaian dua negara.

Laporan berkenaan nyata menarik perhatian banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang kecewa dengan perkara tersebut.

Deklarasi di NY gagal tangani isu utama

33 NGO tempatan termasuk BDS Malaysia, ABIM dan MyCARE dalam satu kenyataan bersama berkenaan, deklarasi berkenaan gagal menangani isu pokok yang menjadi punca ketidakadilan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Jelas mereka tiga faktor utama yang menjadi punca adalah:

  • Kegagalan Israel mematuhi Resolusi PBB 242 apabila secara terus menceroboh dan menduduki tanah Palestin di Tebing Barat secara haram sejak 1967 serta menyekat Gaza secara tidak sah sejak 2007
  • Kegagalan Israel melaksanakan Resolusi PBB 194 yang menjamin hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan harta milik mereka.
  • Kegagalan Israel menjamin hak dan layanan yang sama rata terhadap rakyat Palestin yang tinggal dalam sempadan Israel ketika ini.

Punca utama konflik kerana masyarakat antarabangsa gagal pastikan Israel patuh undang-undang

Tegas mereka lagi, kegagalan masyarakat antarabangsa untuk memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa adalah punca utama kepada konflik ini.

“Hal ini juga menjadi sebab mengapa rakyat Palestin memilih untuk menyokong Hamas di Gaza dan menyokong sebarang penentangan yang berterusan.

“Kami ingin menegaskan bahawa sebarang penyelesaian yang tidak menghentikan kekebalan Israel daripada tindakan undang-undang serta mengabaikan hak mutlak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri tidak akan mampu mencapai keamanan jangka panjang di bumi Palestin.”

Sehubungan itu, kumpulan-kumpulan NGO berkenaan menyeru masyarakat antarabangsa agar menghentikan kekebalan Israel, khususnya terhadap jenayah genosid yang sedang berlaku di Gaza selain segera mengenakan sekatan diplomatik dan ekonomi terhadap rejim itu.

Mahu kerajaan pujuk negara lain sertai Deklarasi Bogota

Dalam pada itu kumpulan NGO berkenaan turut menggesa kerajaan Malaysia untuk terus memujuk lebih banyak negara agar menyertai Deklarasi Bersama Bogota mengenai Palestin yang dikeluarkan oleh Kumpulan Hague pada 16 Julai 2025.

33 NGO berkenaan adalah BDS Malaysia, MyCARE, ABIM, Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN), Syria Care, HUMAM Relief, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, ⁠GSPP, World TAMILAR Protection Secretariat (WTPS), Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Friends of Palestine Network Malaysia (FoP), Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP), Persatuan Akademia IKRAM Malaysia, Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA),Muslim Care Malaysia, Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) dan Global Movement to Gaza – Malaysia (GMTG).

NGO lain adalah Students Against Genocide Malaysia, Muslim Professionals Forum, Citizens International, Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya ,Al-Quds Foundation Malaysia, Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations., Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), SEJAGAT, MediCOM Malaysia, Pertubuhan Viva Palestina Malaysia,Movement for Monetary Justice, Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),IKRAM Muda, ALIRAN, Palestine Centre of Excellence (PACE) dan IKRAM.

Lebih 30 negara sertai Persidangan Tergempar Bogota di Colombia

Sebelum ini lebih 30 negara termasuk Malaysia menyertai Persidangan Tergempar Bogota yang berlangsung di Colombia pada 15 dan 16 Julai, dengan tujuan utama untuk menyelaras tindakan undang-undang dan diplomatik sebagai respons terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Persidangan yang dianjur bersama oleh Colombia dan Afrika Selatan di bawah kerangka Kumpulan The Hague, disifatkan sebagai inisiatif pelbagai hala paling menyeluruh setakat ini dalam mendesak pematuhan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejaman di Gaza.

Selain Colombia dan Afrika Selatan selaku penganjur serta Malaysia negara-negara lain yang terlibat adalah seperti:

  • Algeria
  • Brazil
  • China
  • Cuba
  • Honduras
  • Indonesia
  • Namibia
  • Qatar
  • Senegal
  • Afrika Selatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.