fbpx
Now Reading
Kes Kematian Zara Qairina: Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Kaitkan Isteri

Kes Kematian Zara Qairina: Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Kaitkan Isteri

Datuk Mustapha Sakmud yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Dewan Rakyat sebagai tuduhan tidak berasas serta tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah yang terletak di Papar, Sabah.

Allahyarhamah Zara Qairina yang berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut di mana mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah berkenaan.

Namun sepanjang tempoh siasatan, timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin berkaitan kes kematian mangsa antaranya seperti dakwaan yang mengaitkan isteri seorang ahli parlimen ada kaitan dengan insiden tersebut.

MP Sepanggar Nafi Sekeras-Kerasnya Dakwaan Kaitkan Isteri Dengan Kematian Zara Qairina

Terbaharu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud menafikan sekerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan isterinya, Datin Rosnih Nasir dengan kemalangan tragik melibatkan Zara Qairina.

Dia yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Dewan Rakyat sebagai tuduhan tidak berasas serta tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim.

“Ia bukan saja mengelirukan rakyat, malah mencemarkan reputasi individu yang tidak lagi terbabit dalam perkhidmatan awam.

“Untuk makluman, isteri saya, Cikgu Rosnih Nasir, adalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar.

“Beliau hanya berkhidmat di sekolah berkenaan dari 20 Mac hingga 22 November 2024 sebelum bersara sepenuhnya daripada perkhidmatan pendidikan,” katanya.

Isteri Tidak Terlibat Dengan Urusan Pentadbiran Sekolah Selepas Bersara

Jelas Mustapha lagi, isterinya itu tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah selepas bersara.

“Insiden tragik yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina berlaku pada 16 hingga 17 Julai 2025, iaitu hampir lapan bulan selepas persaraan isteri saya.

“Maka, sebarang cubaan untuk mengaitkan beliau dengan insiden berkenaan adalah fitnah semata-mata dan satu bentuk manipulasi politik yang tidak berasas,” katanya.

Seru Semua Pihak Amalkan Prinsip Tabayyun

Dalam pada itu, Mustapha menyeru semua pihak agar mengamalkan prinsip tabayyun, iaitu menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh dalam menyampaikan kenyataan.

“Hentikanlah eksploitasi terhadap tragedi ini sebagai modal politik. Hormatilah proses siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hentikan penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta emosi individu yang tidak bersalah.

“Akhir sekali, saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina.

“Kami mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga keadilan dapat ditegakkan dengan sebaik-baiknya buat arwah,” jelasnya.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐩𝐡𝐚 𝐒𝐚𝐤𝐦𝐮𝐝 30 Julai 2025 𝐓𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧…

Posted by Mustapha Sakmud on Wednesday 30 July 2025

Sebelum ini, isteri Mustapha, Datin Rosnih Nasir tampil menafikan sebarang pembabitannya dengan kes kematian Zara Qairina menerusi satu hantaran di Facebook.

Rosnih menjelaskan ketika kejadian tragis itu berlaku, dia telah bersara dan tidak terlibat lagi dengan urusan pentadbiran sekolah.

“𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚” – 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐃𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐬 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐫𝐚 𝐐𝐚𝐢𝐫𝐢𝐧𝐚 Kematian tragis pelajar…

Posted by BuzzKini on Tuesday 29 July 2025

Pun begitu, ketika perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pendidikan (Pindaan 2025) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat semalam (30 Julai), MP Parlimen Indera Mahkota itu tampil membangkitkan persoalan berhubung kejadian tersebut.

Selain mahu siasatan secara telus dijalankan, antara persoalan yang dibangkitkan adalah dakwaan bahawa pengetua sekolah berkenaan mempunyai hubungan keluarga dengan orang kenamaan.

Memetik Malaysia Kini, MP Kota Bharu, Takiyuddin Hassan kemudiannya bangun mencelah dan memaklumkan orang kenamaan yang didakwa adalah seorang ahli parlimen.

“Saya dapat maklumat juga yang mengatakan pengetua sekolah itu mempunyai kaitan dengan VVIP yang ada di dalam dewan ini,” jelasnya.

PN bangkitkan kes Zara Qairina di Parlimen, kematian ada kaitan VVIP?

PN bangkitkan kes Zara Qairina di Parlimen, kematian ada kaitan VVIP? Ahli Parlimen PN hari ini membangkitkan kematian pelajar tingkatan 1, Zara Qairina di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah menyoal sama ada kes itu ada kaitan dengan anak orang kenamaan (VVIP). Kematian Zara dipercayai disebabkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada 16 Julai lalu sekitar jam 4 pagi. Namun, tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi bahawa punca sebenar kematian Zara dikaitkan dengan insiden buli. Terdahulu, polis memaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan meminta semua pihak henti membuat spekulasi. Sumber video: https://www.youtube.com/live/nNVtfI0ISvU

Posted by KiniTV BM on Wednesday 30 July 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MRSM: 7 Pelajar Terlibat, Disyorkan Ditamatkan Pengajian – Asyraf Wajdi

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual

Baca Artikel Berkaitan: Kadet UPNM Terlibat Kes Buli Boleh Dihentikan – Khaled Nordin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.