Tumbuk & Ugut Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas, Pelajar Ditahan Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan daripada guru lelaki berusia 29 tahun itu kira-kira jam 7.15 malam pada Isnin (29 Julai) lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (29 Julai), kecoh di media sosial video pertengkaran dua orang individu di sebuah sekolah yang terletak di Kajang, Selangor.
Menerusi video tular itu, kelihatan dua orang individu berkenaan bertengkar dan saling memegang antara satu sama lain.
Apa yang menjadi perhatian adalah individu yang memakai t-shirt lengan pendek berwarna coklat dilihat berang lalu menumbuk lelaki yang dipercayai merupakan guru di sekolah tersebut.
Keadaan itu nyata menjadi perhatian hingga individu yang merakam kejadian berkenaan meminta orang di sekelilingnya memanggil guru lain ke lokasi kejadian.
Hanya kerana ditegur ponteng kelas Pendidikan Jasmani, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bertindak menumbuk dan mengugut gurunya di sebuah sekolah dalam daerah Kajang.#BuletinTV3 #PontengKelas #TumbukGuru #UgutGuru pic.twitter.com/xdCDvday1t
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 29, 2025
Guru Ditumbuk & Diugut Hanya Kerana Tegur Pelajar Ponteng Kelas
Terbaharu, seorang guru lelaki sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kajang, Selangor membuat laporan polis kerana diugut dan ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua selepas menegurnya yang ponteng kelas Pendidikan Jasmani.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan daripada guru lelaki berusia 29 tahun itu kira-kira jam 7.15 malam pada Isnin (28 Julai) lalu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila pelajar berkenaan yang sepatutnya berada di padang untuk kelas Pendidikan Jasmani tidak hadir, menyebabkan guru itu menegurnya.
“Pelajar terbabit tidak berpuas hati dengan teguran tersebut lalu bertindak agresif dengan menumbuk dan mengugut mangsa,” katanya.
Polis Tahan Pelajar Selepas Laporan Dibuat
Susulan laporan itu, pelajar lelaki yang berusia 14 tahun ditahan polis pada hari yang sama dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Malah, pihaknya turut menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Kajang pada hari ini (30 Julai).
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.
Bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaaan, hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Manakala, Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd. Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ejek-Mengejek Punca Tercetus Pergaduhan 7 Pelajar Di Sepang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok



