fbpx
Now Reading
Pasangan Doktor Di Melaka Ditangkap Berkhalwat, Tak Puas Hati Diserbu JAIM [Video]

Pasangan Doktor Di Melaka Ditangkap Berkhalwat, Tak Puas Hati Diserbu JAIM [Video]

Pasangan doktor berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang selepas bersembunyi selama hampir 20 minit di dalam rumah sewa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Agama Islam amat menitik beratkan tentang aspek pergaulan umatnya di antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Hal ini kerana pergaulan bebas boleh menjerumus kepada perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT dan berdosa besar seperti zina.

Malah, Islam juga melarang umatnya daripada melakukan perbuatan berkhalwat iaitu berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi dan terpencil.

Di Malaysia, khalwat adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Syariah dan hukuman denda, penjara atau sebatang boleh dikenakan.

Pasangan kekasih doktor muda ditangkap berkhalwat

Seperti baru-baru ini, tular berita sepasang kekasih yang juga kakitangan kerajaan ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat.

Kedua-dua doktor yang bertugas di Hospital Melaka itu ditangkap di sebuah rumah sewa di Taman Semabok Perdana pada petang semalam (29 Julai).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan tangkapan tersebut.

Pasangan doktor 20 minit bersembunyi dalam rumah sewa

Menurutnya, kedua-dua doktor berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang selepas bersembunyi selama hampir 20 minit di dalam rumah yang didakwa disewa bersama dua rakan lelaki lain.

“Pasangan itu yang merupakan doktor di Hospital Melaka ditahan untuk siasatan lanjut dan telah dibawa ke Pejabat JAIM sebelum dilepaskan dengan jaminan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik Kosmo.

Penyewa lain tiada di rumah semasa serbuan, hanya pasangan kekasih itu yang lengkap berpakaian

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, dua penyewa lain didapati tiada di rumah dan hanya pasangan tersebut duduk berdua-duaan, namun dalam keadaan lengkap berpakaian.

Sementara itu, dalam satu video yang dikongsikan Kosmo semasa pihak penguat kuasa JAIM melakukan serbuan, kelihatan lelaki berkenaan pada awalnya enggan membuka pintu.

Lelaki itu turut mempersoal tindakan pegawai JAIM membuat serbuan di rumah sewanya dalam keadaan mencekak pinggang seakan-akan sedang bengang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.