fbpx
Now Reading
Penghargaan Luar Biasa: Ini 5 ‘Berita Gembira’ Yang Diumumkan Anwar

Penghargaan Luar Biasa: Ini 5 ‘Berita Gembira’ Yang Diumumkan Anwar

Terdahulu, pelbagai andaian mengenai pengumuman yang mulal timbul dalam kalangan masyarakat, daripada bantuan kewangan, subsidi minyak hinggalah inisiatif kebajikan baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetuskan tanda tanya dan rasa ingin tahu rakyat Malaysia selepas beliau memberi bayangan satu pengumuman besar bakal dibuatnya.

Dalam kenyataan itu, Ahli Parlimen Tambun itu menyebut bahawa pengumuman terbabit adalah berkaitan satu bentuk penghargaan luar biasa kepada seluruh rakyat Malaysia.

RM100 setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Hari ini (23 Julai), Anwar mengumumkan lima ‘berita gembira’ buat rakyat Malaysia.

Yang pertama, setiap warganera berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’ melalui MyKad di bawah program SARA.

Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.

15 September hari kelepasan am

Selain itu, sempena hari Malaysia 16 September ini, Anwar mengumumkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan Am Tambahan bagi meningkat ekonomi pelancongan tempatan.

“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya.

Jualan Rahmah diperbanyakkan

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta untuk Jualan Rahmah, menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM600 juta. Program ini akan diadakan di setiap dewan undangan negeri (DUN).

“Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri, selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat,” katanya lagi.

Kadar tol kekal

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan juga bersetuju untuk menangguh kenaikan kadar tol. Penangguhan tersebut agar rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

“Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta.

“Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX),” ujarnya.

Harga minyak RON95 akan turun jadi RM1.99

Tambah beliau lagi, harga minyak RON95 juga akan menurun menjadi RM1.99 sen seliter berbanding RM2.05 pada ketika ini sebaik penyasaran subsidi dilaksanakan.

“Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi,” kata Anwar.

Terdahulu, pelbagai andaian mengenai pengumuman yang mula timbul dalam kalangan masyarakat, daripada bantuan kewangan, subsidi minyak hinggalah inisiatif kebajikan baharu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.