“Malu Pun Ada” – Tular Insiden Bergaduh Dengan Jurulatih MMA, Pak Guard Akhirnya Buka Mulut
Dalam kejadian tersebut, Pengawal Keselamtan yang dikenali sebagai Alim turut menerima empat jahitan pada bahagian bibir kesan daripada kecederaan akibat pergaduhan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai insiden pergaduhan di antara pengawal keselamatan sebuah kondominium yang ‘tumbang’ selepas ditumbuk oleh seorang jurulatih Mixed Martial Arts (MMA).
Menerusi video tular, penyelia keselamatan itu dilihat memulakan provokasi sehingga mereka akhirnya bertengkar sebelum jurulatih MMA itu hilang sabar selepas Pak Guard berkenaan menunjukkan isyarat lucah.
Walaupun telah cuba ditenangkan oleh orang ramai, pengawal keselamatan itu tetap dilihat mahu meneruskan pergaduhan sebelum tindakannya memakan diri apabila terkena tumbukan tepat lelaki berkenaan.
Sehari selepas video tersebut tular, jurulatih MMA berkenaan, Tony Lim kemudiannya tampil memberi penjelasan berhubung kejadian menerusi panggilan video bersama penyanyi rap, Caprice atau sebenarnya Aris Ramli.
Baca Artikel Berkaitan: “KO Before The Bell” – Tular Pak Guard Ajak Bergaduh, Sekali Tumbang Makan Penumbuk [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard KO Makan Penumbuk: MMA Fighter Tampil Beri Penjelasan – “Saya Cuma Pertahankan Diri” [Video]
Pengawal Keselamatan Pula Buka Mulut, Dedah Salah Faham Berlarutan Hingga Ke Luar Kondominium
Terbaharu, pengawal keselamatan yang terlibat dengan kejadian pergaduhan itu pula tampil menceritakan kisah dari pihaknya.
“Saya bukan ‘fighter’, ilmu silat pun tak ada, kosong dan perkara itu (kejadian) spontan serta terjadi dengan tiba-tiba,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Jelas Pengawal Keselamatan yang dikenali sebagai Muhammad Alim Muhamad Adnizam atau mesra dikenali sebagai Alim, kejadian berpunca akibat salah faham antara dia dan Tony dari dalam kawasan kondominium.
Namun, salah faham itu akhirnya berlarutan sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan di luar kawasan perumahan berkenaan.
“Waktu itu, saya sudah habis kerja dan baru nak tukar syif (dengan rakan sekerja) dan memang ada salah faham dengan ‘fighter’ itu daripada dalam.
“Saya buat kerja saya, tiba-tiba orang datang, jadi tak relaks, itu yang terjadinya pergaduhan.
“Saya pula memang jenis orang yang panas baran, saya buat kerja saya saja tapi jangan kacau,” katanya.
Masing-Masing Telah Buat Laporan Polis, Janji Tidak Sebarkan Video Kejadian
Kongsi Alim, selepas insiden berkenaan, dia dan Tony telah membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Puchong, Selangor sebelum berdamai.
“Patut perkara ini sudah selesai pun kerana kami siap bersalam dan berjanji tak nak sebarkan (video) malah dua-dua pun sudah mengaku salah sebelum keluar balai.
“Tapi selang beberapa hari, saya dapat tahu daripada kawan mengenai video tular itu.
“Kemudian pak cik dan dan saudara mara pun tanya apa sudah jadi. Tak tahu boleh tular sampai begitu sekali.
“Malu pun ada sebab saya duduk rumah pangsa dengan keluarga, orang di situ ramai, tapi terpaksa tebalkan muka kerana benda pun sudah jadi,” ujarnya.
Pergaduhan Bersama Jurulatih MMA Merupakan Kejadian Kali Kedua
Jelas Alim, insiden itu merupakan kali kedua yang melibatkan dirinya namun kejadian sebelum ini bersama individu lain tidak tular.
Walaupun menanggung aib atas apa yang berlaku, dia mendedahkan tiada pilihan lain melainkan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Sudah Tidak Bekerja Di Kondominium Lokasi Kejadian, Dipindahkan Majikan
Malah, dia juga kini sudah tidak bekerja di kondominium berkenaan dan telah dipindahkan oleh majikannya ke kawasan perumahan lain di Puchong, Selangor.
“Saya duduk dengan keluarga jadi kalau tak kerja, tak seronok pula dan tak tentu arah juga mulanya.
“Tapi mujurlah majikan tak berhentikan kerja cuma dipindahkan ke tempat lain saja.
“Saya ada baca komen, tak ada yang ugut tapi ramai yang beri nasihat. Kecaman itu biasalah, saya terima saja kerana dalam video itu pun nampak saya melenting,” jelasnya.
Jadikan Insiden Pergaduhan Sebagai Pengajaran
Tambah Alim, dia tidak boleh bercerita dengan lebih lanjut berhubung kes pergaduhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis. Namun, dia mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.
“Pengajarannya adalah kena kawal emosi kerana bila jadi begini, malu dekat diri sendiri dan keluarga sedangkan puncanya benda kecil saja.
“Jangan nak melenting tak kisah salah ke betul kerana sekarang zaman tular. Kes masih dalam siasatan, tak boleh kata apa, saya tunggu dan terima saja keputusan pihak berkuasa.
“Saya nak minta maaf juga kepada semua dan keluarga atas apa yang berlaku. Cukuplah apa yang sudah tular. Hari ini, hari saya, esok lusa tak tahu,” jelasnya.
Dalam kejadian tersebut, Alim turut menerima empat jahitan pada bahagian bibir kesan daripada kecederaan akibat pergaduhan berkenaan.
Anggap Gelaran Netizen ‘Samad Tocang’ Sebagai Hiburan
Ekoran kejadian itu juga, netizen telah menggelarkannya dengan gelaran Samad Tocang namun dia menganggap itu hanyalah sekadar hiburan.
“Itu bukan nama saya kerana mana yang kenal akan panggil saya Alim. Tapi biasalah netizen.
“Sekarang bila keluar pun ada yang tegur tapi memang tak boleh buat apa kerana benda sudah jadi,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan:
