fbpx
Now Reading
Lelaki Bersedudukan Dengan Isteri Orang Kerana Terpikat Dengan Sambal Nasi Lemak

Lelaki Bersedudukan Dengan Isteri Orang Kerana Terpikat Dengan Sambal Nasi Lemak

Perbuatan mereka mula terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan operasi cegah maksiat pada Ahad lalu, 13 Julai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Antara kunci kebahagian sesebuah rumah tangga adalah kesetiaan, kejujuran dan saling memahami pasangan.

Tidak dinafikan, kehadiran orang ketiga boleh memusnahkan segala kunci kebahagian ini dek kerana hati atau demi memenuhi kepuasan nafsu semata-mata.

Bagaimanapun, siapa sangka seorang lelaki bujang ini sanggup tinggal serumah dengan isteri orang hanya kerana terpikat dengan sambal nasi lemak yang dimasak oleh wanita itu.

Terbongkar selepas dicekup JAINJ

Ini bukan lah drama, sebaliknya realiti sebenar selepas perkara terbabit terbongkar apabila mereka dicekup berkhalwat dalam operasi cegah maksiat pada Ahad lalu (13 Julai).

Difahamkan, serbuan dilakukan kira-kira jam 11.45 malam oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hasil daripada aduan orang awam.

JAINJ menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa anggota penguat kuasa memeriksa rumah tersebut yang didiami wanita berusia 28 tahun bersama pasangan lelaki berusia 30 tahun.

 “Hasil pemeriksaan mendapati rumah sewa itu didiami wanita terbabit yang masih berstatus isteri orang namun tidak lagi tinggal serumah dengan suaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Wanita itu berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Mersing sejak tahun 2017, namun belum dikurniakan cahaya mata,” menurut kenyataan berkenaan dipetik Sinar Harian.

Mula berkenalan di kedai makan, hubungan jadi rapat gara-gara sambal nasi lemak

Siasatan awal mendapati wanita tersebut mula berkenalan dengan lelaki berkenaan di sebuah kedai makan di sekitar Kluang.

Hubungan mereka menjadi semakin rapat kerana lelaki terbabit dikatakan begitu meminati sambal nasi lemak yang dimasak isteri orang itu.

“Lelaki itu mendakwa tertarik dengan air tangan wanita berkenaan, terutamanya sambal nasi lemak yang dimasaknya.

“Daripada sekadar pelanggan, mereka akhirnya jatuh cinta dan lebih mengejutkan mereka membuat keputusan untuk menyewa rumah bersama sejak dua bulan lalu dan tinggal seperti suami isteri,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada ketika ini, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997

Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.