Lebih 20 NGO Malaysia Desak PMX Tolak Pencalonan Nick Adams Sebagai Duta AS
Dalam surat terbuka bertarikh 15 Julai yang dihantar ke PMO, kumpulan-kumpulan NGO ini melahirkan kebimbangan terhadap latar belakang Adams yang disifatkan kontroversial dan tidak selari dengan nilai diplomasi Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Dalam surat terbuka bertarikh 15 Julai yang dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, kumpulan-kumpulan NGO ini melahirkan kebimbangan terhadap latar belakang Adams yang disifatkan kontroversial dan tidak selari dengan nilai diplomasi Malaysia.
Isu ini mula timbul selepas media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mencalonkan Nick Adams sebagai Duta Besar ke Malaysia yang baharu pada 10 Julai yang lalu.
Menerusi surat terbuka itu lagi, kumpulan NGO berkenaan menyebut Nick Adams mempunyai rekod mengeluarkan kenyataan bersifat ekstrem dan rasis. Antara dakwaan yang disebut:
- Adam dikatakan pernah berbangga dalam ciapan Twitter kerana berjaya memecat seorang pelayan hanya kerana memakai pin ‘Free Palestine’.
- Adams juga mempamerkan sikap misoginis dan secara terbuka memuji restoran yang pelayannya berpakaian menjolok mata.
Menurut NGO berkenaan, pelantikan individu sebegini berdasarkan kenyataan-kenyataan terdahuunya boleh “mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk Malaysia” dan merosakkan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Washington.
“Kami memohon agar kerajaan Malaysia, dalam melaksanakan hak kedaulatannya untuk meluluskan atau menolak perwakilan asing, menilai dengan teliti kesesuaian Adams serta mempertimbangkan kemungkinan implikasi daripada pelantikannya.
“Malaysia berhak mendapat seorang Duta Besar Amerika Syarikat yang menzahirkan profesionalisme, kepekaan budaya, dan komitmen untuk memupuk kerjasama antarabangsa yang kukuh,” tegas kenyataan bersama yang ditandatangani oleh lebih 20 NGO, termasuk BDS Malaysia, Viva Palestina Malaysia, ABIM, Global Peace Mission dan MAPIM.
Semua NGO yang terlibat terdiri daripada:
- BDS Malaysia
- Palestinian Centre for Excellence
- GSPP
- Haluan Malaysia
- Viva Palestina Malaysia
- Muslim Care Malaysia
- ABIM
- Global Peace Mission (GPM) Malaysia
- Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
- MyCARE
- Citizens International
- IKRAM
- Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP)
- PALESTINIAN FORUM MALAYSIA-PFM
- Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN)
- Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
- IKRAM Muda Malaysia
- Muslim Professionals Forum
- MAPIM
- Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)
Setakat ini, Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.
Sebagai info semalam, 15 Julai, cadangan pelantikan Adams sebagai Duta Besar AS yang baharu ke Malaysia turut menerima bantahan daripada banyak pihak seperti Pemuda Amanah, Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Bahkan AMK turut memaklumkam bakal menghantar satu memorandum rasmi kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi menegaskan penolakan terhadap pencalonan Adams.
Baca artikel berkaitan:
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



