Pawagam Bukan Keutamaan, Ada Rakyat Ke Terengganu Atau Terbang KL Jika Nak Tengok Wayang – Naib Presiden PAS
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah pawagam tidak boleh dijadikan sebagai pengukur kepada kemajuan di sesebuah negeri ini kerana ada juga panggung wayang di tempat lain ditutup disebabkan peruban trend hiburan dan teknologi OTT.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Panggung wayang merupakan salah satu bentuk hiburan yang sering dikunjungi orang ramai untuk menonton filem baharu.
Malah sebelum wujudnya laman atau aplikasi penstriman seperti Netflix, Viu dan banyak lagi ramai yang akan ke panggung wayang untuk menonton filem selain menunggu cerita tersebut keluar dalam bentuk VCD atau DVD.
Namun jika di Malaysia, umum mengetahui Kelantan satu-satunya negeri yang tidak lagi mempunyai pawagam selepas pawagam terakhiranya berhenti operasi pada 1996 iaitu Panggung Lidor di Jalan Pos Office lama.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pawagam Bukan Isu Besar, Netflix Boleh Tengok Semua – Timbalan MB Kelantan [Video]
Naib presiden PAS dedah wayang bukan satu keutamaan kepada rakyat Kelantan
Terbaharu Naib Presiden parti PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah memaklumkan pembukaan pawagam atau wayang di Kelantan bukanlah satu keutamaan kepada rakyat di negeri terbabit.
Ini kerana mereka masih berpeluang untuk ke negeri seperti Terengganu atau ke Kuala Lumpur untuk menonton wayang.
“Isu pawagam sebenarnya tidak pernah menjadi perdebatan besar dalam kalangan rakyat Kelantan. Ia hanya kembali diperkatakan apabila filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa. Pada waktu itu, muncul segelintir pihak yang mengambil kesempatan meniup sentimen, kononnya rakyat Kelantai dinafikan hak menonton filem di pawagam. Kebetulan pula ketika itu hampir menjelang pilihan raya, maka suasananya mudah dimanipulasi sebagai isu politik.
“Jika benar ada hasrat untuk melihat industri filem berkembang, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha menggandakan penghasilan filem yang berkualiti, patuh syariah dan sarat nilai. Filem seperti Mat Kilau tidak seharusnya muncul sekali-sekala dalam tempoh dua tiga tahun. Kita perlu isi layar dengan karya yang berterusan, yang membina budaya dan mendidik masyarakat.
“Barulah pawagam, jika wujud sekalipun, menjadi tempat yang menyuburkan kefahaman, buka sekadar hiburan kosong,” jelasnya dalam hantaran tersebut.
Mahu industri hiburan berkembang mengikut Islam
Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu lagi, pihaknya ingin melihat industri hiburan yang berkembang dengan mengikut acuan Islam. Contohnya papan iklan di Kelantan diwajibkan mematuhi syariah serta menggunakan tulisan Jawi.
Menurut beliau perkara itu dilakukan untuk mengangkat semula nilai budaya serta identiti bangsa dan ia secara tak langsung mencabar pereka serta syarikat besar untuk lebih kreatif khususnya dalam menyampaikan mesej serta hasilnya dalam dilihat.
Bukan hanya itu, pengiklanan di negeri Che Siti Wan Kembang tersebut juga tampil dengan imej yang lebih sopan namun berkesan serta menarik.
“Oleh itu, penting untuk dibezakan antara larangan umum dengan kebebasan individu. Kerajaan negeri tidak pernah menyekat rakyat Kelantan darupada menonton filem. Apa yang diputuskan hanyalah dasar terhadap pawagam sebagai ruang hiburan awam yang terbuka.”
Tak wajar jadikan wayang sebagai pengukur kemajuan negeri
Jelasnya lagi adalah tidak wajar jika menjadikan pawagam sebagai pengukur kemajuan sesebuah negeri. Malah di luar Kelantan banyak juga panggung wayang yang ditutup disebabkan perubahan trend hiburan serta kemunculan teknologi seperti pelantar penstriman atas talian (OTT) yang beri banyak pilihan kepada pengguna.
“Rakyat Kelantan sendiri tidak melihat pawagam sebagai satu keperluan mendesak. Bagi yang berhajat ada yang ke Terengganu sesisi keluarga. Ada juga yang terus terbang ke Kuala Lumpur ke pawagam bertaraf premium atau louge mewah. Itu bukan perkara luar biasa. Sama seperti mereka yang melancong ke Thailand, membeli-belah, bercuti dan menikmati makanan. Rakyat Kelantan celik hiburan, tahu menilai dan punya kemampuan.
“Kesimpulannya, pendekatan Kelantan dalam isu ini bersifat berimbang dan penuh pertimbangan. Ia bukan keputusan yang dibuat secara tergesa atau bersifat populis, bahkan telah dibincangkan secara panjang lebar sejak zaman Tok Guru, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat memimpin.
“Kita hanya ingin pastikan, apa jua bentuk bentuk hiburan yang dibawa, tidak merosakkan jiwa, tidak melalaikan masyarakat dan sentiasa dalam lingkungan nilai yang kita juga junjung bersama,” katanya.
Ramai yang setuju, dan ada juga beri pendapat mengenai pembukaan wayang
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Mohd Amar bahawa pawagam bukanlah satu keperluan.
Malah ada yang mengatakan ia adalah satu penjelasan yang baik mengenai isu terbabit.
Namun ada juga yang berpendapat, kewujudan pawagam juga boleh memberikan pekerjaan dan menambah sumber ekonomi selain ia boleh disusun mengikut patuh syariah.
Sebagai info, kerajaan Kelantan pada 2016 pernah menyatakan kesediaan membuka pawagam di negeri itu namun ia mendapat bantahan daripada sayap pemudanya.
“Setuju, dengan teknologi yang ada sekarang, pawagam bukan lagi keperluan.”

“Tak salahkan buat satu pawagam dekat Kelantan Datuk, buatlah yang mesra syariah. Walaupun bukan keperluan tapi bagi pilihan kepada rakyat. Disamping menambah ekonomi dan peluang pekerjaan kepada warga Kelantan.”

“Kalau fikir sudut hiburan sahaja, macam tulah modal. Tengok suduh ekonomi sosial, sekurang-kurangnya ada lah peluang kerja dan perniagaan di sekitar kawasan tumpuan. Peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan”




