fbpx
Now Reading
SST Buah Import: MBG Tetap Mahu Jual Harga Mampu Dibeli Dengan Kualiti Yang Premium

SST Buah Import: MBG Tetap Mahu Jual Harga Mampu Dibeli Dengan Kualiti Yang Premium

Menurut Pengarah Urusan MBG Fruits Sdn Bhd, syarikatnya menyambut baik mengenai pengumuman SST bagi buah-buahan import yang berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bermula 1 Julai Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) diperluaskan kepada beberapa barangan dan juga perkhidmatan.

Antara barangan yang dikenakan SST adalah buah import, kesihatan swasta, pendidikan swasta dan banyak lagi.

Namun selepas mendapat respon, kerajaan pada minggu lalu mengumumkan terdapat beberapa barangan dan perkhidmatan seperti buah import iaitu epal, oren, kurma dan limau mandarin telah dikecualikan SST.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Masuk Akal Buah Import Asas Dibeli B40 Juga Kena SST’ – Bos Mydin

MBG akan tetap jual harga mampu dibeli

Terbaharu, syarikat yang menjual buah import terkenal MBG Fruits Sdn Bhd memaklumkan pihaknya tetap komited dalam menyediakan buah-buahan pada harga mampu dibeli oleh pelanggan serta berdaya saing dengan kualiti yang premium meskipun peluasan SST sudah bermula pada hari ini (1 Julai).

Bukan hanya itu, syarikat berkenaan melaksanakan perkara tersebut sambil mematuhi dasar serta insetif terkini daripada kerajaan.

Sambut baik mengenai SST

Jelas Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee syarikatnya menyambut baik berhubung pengumuman Kementerian Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai SST terhadap buah-buah import yang terpilih dan dikuat kuasa pada hari ini (1 Julai).

“Selain buah-buahan terbabit (buah import yang dikecualikan SST), kadar semasa duti import dan SST bagi buah-buahan lain yang kami jual seperti avokado, beri biru, ceri, kiwi, buah tin dan plum adalah kekal dengan 5%.

“Buah naga dan markisa ada kombinasi kadar dan caj berat tertentu, manakala keledek manis kekal sifar SST,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Akan guna kelebihan perjanjian FTA untuk kurangkan kos import, boleh tawar harga kompetitif

Selain itu, Adnan juga memaklumkan MBG Fruits turut menggunakan kelebihan dari pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk mengurangkan kos import dengan negara seperti:

  • China
  • Asean
  • Korea
  • Jepun
  • India
  • Australia atau New Zealand
  • Pakistan
  • Turkiye
  • Chile

“Ini membolehkan MBG menawarkan buah-buahan pada harga lebih kompetitif.

“Kami akan terus menyokong inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat sambil mengekalkan standard kualiti buah-buahan import yang segar dan terbaik.”

Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan SST

Untuk makluman antara barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan SST seperti:

  • Rawatan kuku (Manicure dan pedicure)
  • Kedai gunting dan pendandan rambut
  • Rawatan wajah
  • Sayur-sayuran
  • Telur
  • Beras
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Ikan tempatan seperti selar, tongkol, cencaru, sardin

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.