“Banyak Klip Perempuan Dalam Telefon”- Wanita Berang Dakwa Pakcik Ambil Gambar & Video Senyap-senyap
Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, kelihatan lelaki tua itu terus beredar sebaik melihat wanita itu berang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui teknologi telefon bimbit yang semakin canggih pada hari ini sepatutnya digunakan untuk perkara baik.
Namun ada juga yang menggunakannya untuk keburukan apabila menggunakan kamera pada telefon bimbit untuk merakam individu tak dikenali untuk tujuan melempiaskan nafsu sendiri.
Malah mereka ini juga seperti tidak takut apabila melakukan segala perbuatan itu secara terang-terangan di tempat awam.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Lelaki Kantoi Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ditahan Selepas Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita Di Pusat Beli-belah Ipoh [Video]
Wanita dakwa lelaki rakam video dan gambar perempuan senyap-senyap
Terbaharu, seorang wanita mendakwa turut berdepan perkara sama apabila seorang lelaki yang dilihat seperti pakcik telah merakam gambarnya tanpa izin.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @azxbzcavsb di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu memarahi pakcik berkenaan yang didakwa merakamnya.
Sebaik melihat wanita itu mengamuk, pakcik itu dilihat berlalu pergi ke arah motosikalnya. Malah kedengaran wanita terbabit meminta orang ramai untuk berhati-hati sekiranya terjumpa dengan pakcik tersebut.
Dakwa pakcik simpan banyak gambar dan video perempuan dalam telefon
Di ruang kapsyen wanita itu turut memohon maaf kerana dia kedengaran tidak sopan namun perkara itu disebabkan tindakan pakcik yang didakwanya berkelakuan biadap.
Malah dia mendakwa pakcik itu menyimpan banyak gambar dan video perempuan di dalam telefon bimbitnya.
Menurutnya insiden itu berlaku di sebuah restoran nasi kandar di Rantau Panjang, Klang, Selangor.
“Maaf lah eh kalau aku biadap, tapi orang tua ni lagi biadap tau banyak gila gambar dan video perempuan dekat telefon dia.
“Aku baru saja beli roti canai, lepas tu baru teringat nak beli roti dekat Kinta tiba-tiba si tua gatal ni hala telefon dia ke arah aku. Bila aku lalu belakang dia, aku perasan dia tengah tengok gambar aku!
“Terus aku marah si tua ni lepas tu periksa telefon dia suruh delete. Banyak gila tau gambar perempuan dia tangkap. Aku mampu padam semua yang ada dekat ‘recently delete’ dia saja. Yang dekat album aku tak sempat nak periksa, weh mengigil aku nak hempuk kepala si tua gatal ni,” katanya.
Menurut wanita itu dia turut mengugut pakcik berkenaan mahu membuat laporan polis sebelum lelaki tua itu beredar dari kawasan berkenaan.
Malah dia juga turut memaklumkan kepada pakcik itu mahu menularkan wajahnya atas perbuatan tidak senonohnya.
“Kurang ajar betul buat malu anak bini kau jelah pakcik! Silap orang lah kau nak tangkap gambar aku, jijik betul perangai.”
Tonton video di sini.
Laporan polis telah dibuat dan tunggu tindakan lanjut
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan, wanita itu memaklumkan dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Laporan pilis dah terus buat pada hari kejadian. Tunggu tindakan dari pihak polis dan ketua kampung Rantau Panjang terhadap pakcik tu.
“Sesiapa yang pernah kena dengan pakcik ni sila buat laporan di Balai Polis Bukit Raja, dan kepada manusia yang fitnah aku pakai baju ketat tanpa bukti, silakan pergi mamak tu tengok rakaman litar tertutup (cctv) dia aku pakai baju apa.
“Jangan sampai benda ni jadi dekat kau atau mak, kakak, adik bini kau, tengok lah nanti kau baran tak baran,” jelasnya.

Melihat di ruangan komen, wanita itu turut memberitahu menerusi info diterima dari orang kampung ada yang mendakwa pakcik terbabit mengambil gambar guru taska serta ibu kepada anak-anak di taska berkenaan namun tiada yang berani menegurnya.

Dalam pada itu ramai yang memuji tindakan berani wanita tersebut kerana berani bersuara dan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
“Sebagai wanita kita kena berani bersuara lantang macam ni tegur biar kuat sikit macam ni, lihat bagaimana dia berjalan dengan cepat, tak selamat dah kita tegur baik dah kena berani suara tu kena lantang”

“Bagus kalau ramai perempuan macam kak ni, berani”

“Terbaik sis”




