fbpx
Now Reading
Pemandu & Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pingang Keledar Bermula 1 Julai

Pemandu & Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pingang Keledar Bermula 1 Julai

Penguatkuasaan terbabit terpakai bagi bas ekspress dan bas persiaran yang dibina selepas Januari 2020, manakala bagi tahun sebelumnya pula akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Belakangan ini, semakin banyak kemalangan melibatkan bas persiaran dan bas ekspres yang dilaporkan berlaku di Malaysia.

Tidak dinafikan, perkara itu telah menimbulkan kebimbangan ramai mengenai keselamatan membabitkan pengguna pengangkutan itu.

Lebih menakutkan, nyawa pengguna jalan raya yang lain juga menjadi ancaman. Susulan itu, ramai pihak yang mahu pihak berkuasa segera mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di negara ini.

Pemandu dan penumpang bas wajib pakai tali pinggang keledar bermula esok

Terbaharu, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar bermula esok (1 Julai).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020.

Katanya, bagi bas yang dibina sebelum tahun tersebut pula akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Facebook/JPJ)

Saman RM300 jika ingkar

Tegas Aedy, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.

“Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.

“Jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang. Namun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya,” katanya dipetik Berita Harian.

JPJ sudah berbincang dengan pengendali syarikat bas berhubung perkara ini

Menurutnya lagi, JPJ sudah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pengendali syarikat bas bagi memaklumkan perkara tersebut.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Malaymail)

“Kita sudah mengeluarkan garis panduan kepada mereka supaya arahan yang diterima jelas dan selepas ini kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan.

“Justeru saya mengingatkan semua syarikat pengendali bas dan penumpang supaya mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.