Toyota Alphard Jatuh Dalam Parit Cetus Persoalan, Rupanya Hilang Kawalan [Video]
Pemandu Toyota Alphard berwarna putih itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan terpaksa mendapatkan bantuan dari bomba untuk mengeluarkan mangsa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan kejadian kemalangan sememanganya perkara yang tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku.
Meskipun sudah mempraktikan setiap etika keselamatan dan mengikut undang-undang namun kemalangan tetap masih berlaku disebabkan perkara lain seperti bencana alam, kecuaian pemandu lain, masalah teknikal pada kenderaan dan banyak lagi.
Apa yang lebih mengerunkan, kemalangan yang berlaku juga boleh menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kecederaan dan sebagainya.
Tular 2 Toyota Alphard terjunam dalam parit
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan dua buah kereta MPV Toyota Alphard yang dilihat terjunam ke dalam parit di Jalan Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ecann_azn20 di TikTok, awalnya kelihatan sebuah kereta Alphard berwarna putih berada di dalam parit dalam keadaan pintu pemandu terbuka.
Namun sewaktu video itu berjalan kehadapan, kelihatan pemandu kereta terbabit tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.
Tidak lama kemudian kelihatan sebuah lagi Toyota Alphard berwarna hitam turut berada di dalam parit sama namun pada jarak yang berbeza sekitar 100 hingga 200 meter.
Video memaparkan dua kenderaan terjunam ke dalam parit itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai persoalan di kalangan orang ramai.
Alphard putih hilang kawalan, perlu pertolongan bomba untuk keluarkan pemandu
Memetik laporan Kosmo, pemandu yang membawa kereta Toyota Alphard berwarna putih itu dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan ia terjatuh ke dalam parit terbabit pada pagi semalam (22 Jun).
Ekoran daripada insiden itu, pemandu yang berusia 52 tahun berkenaan mengalami kecederaan ringan dan terpaksa mendapatkan bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (PBB) Nibong Tebal untuk mengeluarkan mangsa.
Jelas Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaab dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis pihaknya mendapat panggilan mengenai insiden terbabit pada jam 10.41 pagi.
@ecann_azn20 Musim Panas , Peti Ais Problem 2 Biji Sekali Tauk Parit 🤦🏻♂️ #alphard #taukparit ♬ original sound – FAKE 🍟
Mangsa alami kecederaan ringan
Katanya, operasi menyelamatkan pemandu berkenaan telah diketuai oleh Komander Operasi Suharto Khoo Mohamad Rosli dan jarak ke lokasi sekitar tiga kilometer.
“Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang tebabas ke dalam parit dan terdapat seorang mangsa telah terperangkap di dalam kenderaan itu.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan dan mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.05 pagi tadi. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan dilaporkan mengenai kereta Toyota Alphard berwarna hitam yang turut terbabas dalam parit sama. Carian kami juga tidak menemukan keadaan pemandu Alphard hitam itu.
Berikut adalah komen netizen:
“Kau turun aku turun”

“Dah kenapa sampai dua-dua masuk dalam parit tu”

“Alphard tu berkawan baik ketika susah dan senang. Sama-sama turun parit”




