fbpx
Now Reading
Bayi 3 Bulan Maut Tertindih Bapa Yang Sudah Tidak Bernyawa Akibat Serangan Jantung

Bayi 3 Bulan Maut Tertindih Bapa Yang Sudah Tidak Bernyawa Akibat Serangan Jantung

Difahamkan Nurul Efendy yang berusia 35 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya itu manakala Muhammad Nur Daniel pula dilihat berada di bawah lengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehilangan ahli keluarga tercinta sudah cukup memilukan, inikan pula kehilangan dua insan tersayang pada hari yang sama.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita, Azura Abdul Malik, 40, apabila kehilangan kedua-dua suami dan anaknya hari ini (19 Jun).

Memetik laporan Kosmo, bayi lelaki Azura iaitu Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy dipercayai maut selepas dipercayai tertindih lengan suaminya Nurul Efendy Ibrahim yang sudah tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung.

Memetik Kosmo, insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka.

Bayi bawah lengan si ayah yang sudah tidak bernyawa

Difahamkan Nurul Efendy yang berusia 35 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya itu manakala Muhammad Nur Daniel pula dilihat berada di bawah lengannya.

Azura pada waktu dikatakan pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu bagi mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan, lapor Sinar Harian.

Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.

“Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya, kata Azura yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Jelas Azura, dia masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian suami serta anaknya itu.

“Saya terkejut apabila masuk rumah dan nampak suami dan bayi kami tidak sedarkan diri.

“Saya terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Keadaaan bayi mulanya lemah, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan

Tambah Azura lagi, bayinya ketika ditemui masih bernyawa namun berada dalam keadaan yang lemah.

Dia kemudian terus bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun takdir sudah tertulis anak itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali, menjelaskan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada talian MERS kpada jam 9.58 pagi.

“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Pasukan diminta membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.