Tular Polis Kena Marah Sebab Lampu Brek Kereta Tak Menyala, Rupanya MPV Polis Rosak Di Tepi Jalan [Video]
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat dua anggota polis itu dimarahi individu berkenaan sewaktu sedang menunggu bantuan daripada Unit Penyelenggaraan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang individu memarahi anggota polis yang berhenti di tepi jalan.
Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan, awalnya kelihatan kereta sebuah kenderaan sedang melalui sebatang jalan sebelum bertindak membunyikan hon ke arah sebuah kereta peronda (MPV) polis yang sedang berhenti.
Individu itu kemudian bertanya kepada polis berkenaan dengan nada suara yang tinggi mengenai lampu brek keretanya yang tidak menyala.
Kereta peronda alami masalah teknikal membabitkan sistem pendaiwaian lampu depan, belakang & beacon light
Terbaharu, insiden yang berlaku di Jalan Austin Heights 7/4, Johor Bahru berhadapan premis Sports Hub itu memaparkan dua anggota polis dimarahi individu berkenaan telah mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Walau bagaimanapun Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang laporan mengenai video terbabit.
“Siasatan dibuat mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi, 15 jun lalu apabila dua anggota dari pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Taman Setia Indah berdepan masalah teknikal kenderaan peronda jenis Proton Waja.
“Sistem pendawaian lampu hadapan, belakang serta lampu mata arah (beacon light) gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kenderaan tidak dapat digerakkan.
“Anggota terpaksa berhenti di lokasi sementara menunggu bantuan daripada Unit penyelenggaraan,” jelasnya, lapor Kosmo.
Individu buat provokasi sewaktu anggota polis sedang menunggu bantuan
Mengulas lebih lanjut Raub berkata, sewaktu anggota polis berkenaan sedang menunggu bantuan tersebut telah datang seorang lelaki tempatan yang menaiki kenderaan persendirian berhenti di kawasan berkenaan.
Individu itu kemudian mempertikaikan kehadiran dua anggota polis di lokasi itu sebelum membuat provokasi.
“Polis memandang serius penyebaran video yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadpa anggota bertugas. Keadaan telah dijelaskan dan tindakan susulan telah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.”



