fbpx
Now Reading
Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh Ibu & Abang, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh Ibu & Abang, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Ketua Polis Melaka mengesyaki jenayah ini telah dirancang kerana pisau tersebut telah dibelinya selain calon SPM itu cuba menghapuskan bahan bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (12 Jun), gempar seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa menikam ibu serta abangnya hingga maut di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, guru berusia 51 tahun dan anak lelakinya berumur 21 tahun terbabit ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu, manakala seorang lagi mangsa yang terselamat berada di kawasan garaj kediaman tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi telah membawa kepada penahan suspek yang merupakan anak kedua keluarga terbabit.

Polis rampas sebilah pisau lipat yang disimpan dalam beg sekolah suspek

Menurutnya, pihak polis telah merampas sebilah pisau lipat dengan anggaran panjang 20 sentimeter yang disimpan di dalam beg sekolah milik pelajar tingkatan lima itu.

“Mangsa wanita merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan anak sulungnya adalah pelajar kolej.

“Kedua-dua mereka mati dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau lipat dengan kesan tikaman di leher, pinggang dan belakang badan,” katanya dipetik Kosmo.

Menurutnya lagi, mangsa yang terselamat merupakan anak bongsu keluarga tersebut dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kecederaan ditikam.

Motif kejadian akibat dendam, suspek sering dimarah dan dipaksa pelajar

Berkongsi lanjut, Dzulkhairi berkata, motif kejadian dipercayai akibat dendam susulan kedua-dua mangsa yang mati didakwa sering memarahi suspek dan memaksanya mengulang kaji pelajaran.

“Kita syak suspek menyimpan dendam terhadap si mati kerana jiran tetangga mendakwa keadaan rumah tersebut sering berlaku pergaduhan dan remaja itu mengalami tekanan kerana dipaksa belajar, mungkin kerana dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jenayah ini telah dirancang suspek kerana pisau tersebut telah dibelinya, malah remaja itu juga cuba menghapuskan barang bukti termasuk pakaian dengan kesan darah ke kawasan semak berhampiran tetapi kita berjaya mencarinya,” jelasnya.

Suspek mengaku cuba bunuh ibu di dalam bilik tidur

Ujarnya, pengakuan awal dibuat suspek mendakwa dia cuba membunuh guru tersebut ketika mangsa berada di dalam bilik tidur sebelum kejadian disedari oleh abangnya yang kemudian turut terkena tikaman ketika bergelut untuk menyelamatkan ibu mereka.

Katanya, suspek selepas itu cuba membunuh adiknya berusia 13 tahun selepas mangsa yang diarahkan untuk keluar dari rumah tersebut enggan berbuat demikian.

“Mungkin remaja itu tidak ada dendam atau marah dengan adiknya, jadi dia suruh keluar dari rumah tetapi mangsa tidak mahu lalu dia turut ditikam.

“Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan ditemui berlumuran darah di garaj rumah sebelum diselamatkan jiran selepas dia menjerit meminta tolong,” katanya.

Dzulkhairi berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.