“Kalau Semua Jemaah Dunia Macam Malaysia, Saya Boleh Tidur Tenang”- Arab Saudi Puji Jemaah Haji Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im berharap jemaah pada tahun ini masih dapat mengekalkan rekod disiplin dan memastikan kawasan Masyair sentiasa bersih sebelum meninggalkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui sejak beberapa minggu yang lalu, ramai jemaah haji yang sudah berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Tak dinafikan setiap kali jemaah Malaysia ke sana untuk menunaikan haji atau umrah, mereka sering kali mendapat pujian seperti berdisiplin dan sebagainya.
Mungkin disebabkan adab dan akhlak yang sentiasa dipraktikkan di negara ini membuatkan jemaah haji sentiasa melakukan perkara itu walau di mana jua mereka berada hatta sedang menunaikan haji sekali pun.
Menteri Arab Saudi puji jemaah Malaysia berdisiplin dan amalkan kebersihan
Terbaharu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga menzahirkan penghargaan terhadap Tabung Haji (TH) serta memuji jemaah Malaysia.
Ini kerana, jemaah Malaysia mempunyai tahap disiplin yang tinggi selain sentiasa menjaga kebersihan di Masyair pada sebelum ini.
Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar penghargaan berkenaan diberikan menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah sewaktu beliau menemuinya dalam sebuah program Grand Hajj Symposium pada 1 Jun lalu.
Malah beliau dengan nada bergurau turut berkata akan tidur dengan tenang jika semua jemaah haji seperti rakyat Malaysia.
“Dr Tawfiq secara berseloroh berkata kepada saya kalaulah semua jemaah haji dunia macam Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang.
“Itu gambaran selesanya kerajaan Arab Saudi kepada TH dan jemaah kita kerana rekod terbaik dari segi kebersihan di Masyair tahun lalu,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Mahu jemaah Malaysia pada tahun ini kekalkan rekod sama dan tidak tinggalkan sampah sarap
Oleh itu, Dr Mohd Na’im berharap agar jemaah pada tahun ini boleh mengekalkan rekod tersebut dan memastikan kawasan Masyair dalam keadaan yang bersih dari sebarang sampah sarap sebelum meninggalkannya.
“Sebab itu kita lancar kempen yang telah dimulakan sejak 2017 ini untuk menggalakkan jemaah haji Malaysia menjaga kebersihan diri dan persekitaran Masyair.
“Kita juga nak bantu Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menjadi model terbaik yang boleh diikuti jemaah haji negara lain.”
Sementara itu, Dr Mohd Na’im turut mengulas mengenai pengurusan kad Nusuk. Jelasnya jemaah Malaysia merupakan negara pertama yang diberikan keistimewaan dengan kad berkenaan.
“Kita negara pertama diberi keistimewaan dengan kad Nusuk diagih kepada jemaah di tanah air. Tahun ini tahun pertama ia dilaksanakan jadi ada dalam 20% yang tak sempat terima kad Nusuk di tanah air.
“Dalam pertemuan bersama Dr Tawfiq saya meminta supaya penyerahan kad Nusuk diserahkan lebih awal dan keseluruhan 100% tahun hadapan,” ujarnya.
Kad Nusuk merupakan salah satu pengenalan jemaah haji dan ia adalah bertujuan untuk keselamatan di mana ia dilengkapi denga kod QR untuk mengelakan sebarang pemalsuan untuk kad pengenalan rasmi jemaah haji.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Jadi Negara Pertama Di Dunia Diberi Kebenaran Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji
BACA ARTIKEL BERKAITAN:



