Kenapa Jemaah Haji Malaysia Tak Boleh Bawa Balik Air Zamzam Dari Mekah? Ini Sebabnya [Video]
Pengurus Khidmat Luar Lembaga Tabung Haji berkata, air zamzam merupakan hadiah daripada kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dan pengagihannya dilakukan secara percuma.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini, jemaah-jemaah haji dari seluruh dunia termasuk Malaysia telahpun berada di kota suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan ada juga yang sedang menunggu penerbangkan ke sana.
Antara perkara yang diminta oleh kebanyakan orang apabila mengetahui kenalan atau ahli keluarga mereka ke Tanah Suci pastinya kiriman doa di hadapan Kaabah.
Malah tidak dinafikan, pasti ada segelintir jemaah haji juga yang berhasrat ingin membawa air zamzam yang hanya boleh diperolehi di Tanah Suci itu pulang ke negara masing-masing.
Jemaah haji Malaysia tak boleh bawa balik air zamzam ke Tanah Air
Bagaimanapun, jemaah haji Malaysia tidak dibenarkan membawa pulang air zamzam sama ada melalui ruang kabin atau kargo pesawat.
Pengurus Khidmat Luar Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, air zamzam juga tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia menggunakan perkhidmatan pos.
“Tidak boleh. Ini kerana air zamzam memang disediakan oleh pihak Tabung Haji dan hanya akan diagihkan sewaktu jemaah haji tiba di tanah air.
“Sebaik sahaja jemaah mendarat, mereka akan menerima lima liter air zamzam seorang. Penghantaran melalui pos juga tidak dibenarkan kerana air zamzam adalah barang kawalan, ia tidak boleh dijual beli atau diniagakan,” katanya dipetik Sinar Harian.
Air zamzam adalah hadiah kerajaan Arab Saudi kepada Jemaah Malaysia
Menurutnya, air zamzam merupakan hadiah daripada kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dan pengagihannya dilakukan secara percuma.
“Larangan membawa pulang air zamzam adalah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi, dan kita perlu mematuhinya.
“Tahun lalu, terdapat jemaah yang cuba menghantar air zamzam dengan memasukkannya ke dalam botol kecil dan meletakkannya dalam kotak untuk dipos.
“Namun, barangan itu dikesan di lapangan terbang, dikeluarkan dan tidak sampai ke Malaysia. Saya nasihatkan jemaah haji supaya tidak melanggar peraturan ini,” katanya.
Ini sebabnya jemaah haji tak boleh bawa pulang air zamzam dari Makkah
— SinarHarian (@SinarOnline) May 28, 2025
Jemaah haji Malaysia tidak dibenarkan membawa pulang air zamzam sama ada melalui ruang kabin atau kargo pesawat penerbangan yang mereka naiki, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus… pic.twitter.com/UlLCIw10D2
Baca Artikel Berkaitan: “Air Zam-Zam Tidak Dibenarkan Dijual Di Malaysia” – Kementerian Kesihatan



