fbpx
Now Reading
CEO Batu Ditahan Polis Selepas Tular Dakwaan Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Bawah Umur

CEO Batu Ditahan Polis Selepas Tular Dakwaan Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Bawah Umur

Difahamkan, pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu dan berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam (22 Mei).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (23 Mei), kecoh di media sosial seorang pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu didakwa menghantar mesej lucah kepada remaja bawah umur.

Ia mula tular dan mendapat perhatian ramai apabila perbuatan kejinya itu didedahkan oleh penyanyi rap tempatan, Caprice dalam satu hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Caprice dihubungi oleh ibu remaja berkenaan yang meminta bantuan selepas mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun itu menjadi mangsa gangguan seksual.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat kiriman mesej dan imej tidak senonoh yang dihantar oleh CEO Batu kepada remaja tersebut kononnya mahu menunjukkan parut kesan pembedahan Apendiks yang baru dilakukan olehnya.

Malah menerusi hantaran berasingan, Caprice turut mendedahkan mesej permohonan maaf oleh influencer berkenaan dan mendakwa tersilap hantar mesej serta mengakui kesalahannya menghantar gambar tersebut.

Foto: Tangkap Layar IG Story Caprice

CEO Batu Ditahan Polis Selepas Serah Diri Ke Balai

Terbaharu, CEO Batu kini sudah ditahan polis bagi membantu siasatan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan bawah umur yang berusia 14 tahun.

Difahamkan, dia yang berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam (22 Mei).

Malah, dia ditahan reman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Pada masa yang sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.

“Ya, kami dah siasat,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Seorang Lagi Didakwa Jadi Mangsa CEO Batu

Menerusi perkongsian terbaharu Caprice di IG Story miliknya, terdapat seorang lagi individu yang mengaku telah menjadi mangsa influencer tersebut.

“As expected, once kita post, mangsa-mangsa lain muncul. Attach bukti dan buat laporan polis segera,” tulis Caprice.

Foto: Tangkap Layar IG Story Caprice
Foto: Tangkap Layar IG Story Caprice

Bukan itu sahaja, ada individu lain turut mendakwa pempengaruh berkenaan sememangnya gemar bersembang mengenai perkara lucah bersama kawan-kawan.

Foto: Tangkap Layar IG Story Caprice

Baca Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Ajuk Cakap Jepun & Buat Mata Sepet, TikTokers Buat Permohonan Maaf [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Fikir Dulu Sebelum Send!” – Peguam Dedah Hantar Mesej Lucah Boleh Dipenjara [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.