fbpx
Now Reading
LIMA’ 25: Polis Sahkan Terima 27 Laporan Berhubung Kediaman Rosak

LIMA’ 25: Polis Sahkan Terima 27 Laporan Berhubung Kediaman Rosak

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum dan tidak mengabaikan dakwaan berhubung kerosakan kediaman penduduk yang dikaitkan dengan penganjuran Lima’25.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bermula 20 sehingga 24 Mei ini, sedang berlangsungnya Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi, Kedah.

Namun, di sebalik kemeriahan pameran anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd, ada kisah yang kurang enak tular di media sosial.

Menerusi beberapa video tular, terdapat beberapa buah kediaman yang rosak dan terjejas didakwa akibat letupan bom sewaktu acara pembukaan pameran tersebut.

Dapat dilihat kaca pada keseluruhan tingkap rumah pecah malah ada kediaman yang pecah siling gara-gara gelombang dari letupan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Tingkap Rumah Didakwa Pecah Kerana Letupan Bom Sewaktu Latihan LIMA 2025 Di Langkawi [Video]

@langkawiescape

Ibu mengandung dan bayi kecil tak digalakkan duduk berdekatan sewaktu Opening Lima 2025 ❎ Pesanan dari wakil LIMA 2025 untuk penonton LIMA dan penduduk sekitar kawasan airport , terima kasih datang melawat dan bagi cadangan pada kami . Pintu , tingkap rumah dan kereta kena bukak , kalau tak boleh jadi kes macam rumah kami kat hujung video 😅 Harap the real opening tak jadi apa apa dah kat rumah kami dan jiran jiran nanti @F U N F O R B R O N T #lima2025 #rehearsal #openinglima

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Polis Terima 27 Laporan Kediaman Rosak Ketika LIMA’25

Terbaharu, polis mengesahkan sebanyak 27 laporan diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk kampung dipercayai akibat gegaran sewaktu pertunjukan LIMA’25.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kesemua laporan itu akan disiasat sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya.

“CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) akan membuat pemeriksaan dan setelah pemeriksaan serta pengesahan dilakukan, hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak penganjur, iaitu MINDEF dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC), untuk dibuat pengkategorian,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Harap Laporan Polis Yang Dibuat Adalah Sahih

Pada masa yang sama, Fisol berharap agar laporan yang dibuat adalah sahih dan tiada yang mengambil kesempatan atas insiden berkenaan.

“Cuma polis ingin mengingatkan supaya sebarang laporan kerosakan rumah yang dikemukakan mestilah berlandaskan kejadian sebenar (bukan rekaan untuk tujuan mendapatkan bantuan).

“Untuk pengetahuan penduduk, tiada lagi persembahan gimik sama akan dilakukan di persekitaran Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bermula hari ini, sehingga pameran berakhir Sabtu ini,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

MINDEF Tidak Akan Abaikan Dakwaan Rumah Rosak Akibat Penganjuran LIMA’25

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum dan tidak mengabaikan dakwaan berhubung kerosakan kediaman penduduk yang dikaitkan dengan penganjuran Lima’25.

“Kita akan tengok, Insya-Allah kita tidak akan abaikan soal itu. Kita akan kaji mengapa (kediaman penduduk rosak).

“Ada masa-masanya memang ada pertunjukan dan mungkin akan ada kesan-kesan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.