fbpx
Now Reading
MB Negeri Sembilan Gesa NGO & Pencinta Haiwan ‘Adopt’ Anjing Jika Bantah Kaedah Pelupusan

MB Negeri Sembilan Gesa NGO & Pencinta Haiwan ‘Adopt’ Anjing Jika Bantah Kaedah Pelupusan

Menurut Aminuddin Harun, langkah pelupusan anjing liar dilakukan susulan pelbagai aduan diterima daripada penduduk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala ada sesetengah penduduk kawasan perumahan takut untuk keluar rumah lebih-lebih lagi golongan anak kecil kerana lambakan anjing liar yang ganas.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Irsyad dikejar seekor anjing jalanan di Kampung Rantau Panjang, Klang. Dalam video itu, kelihatan budak lelaki itu tergopoh-gapah berlari menuju ke dalam kawasan rumah.

Nasib menyebelahinya apabila Irsyad sempat mengelak daripada digigit dengan melompat masuk pada celah pagar. Bagaimanapun, anak lelaki berkenaan telah terlanggar pagar rumah dengan kuat hingga menyebabkan dia tercedera.

Dia kemudiannya perlu dirawat di wad hospital selama dua hari akibat tangannya yang patah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar

Baca Artikel Berkaitan: Anjing Liar ‘Pecah Masuk’ Rumah Kejar Kucing, Ramai Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Klip CCTV Dedah Momen Kanak-kanak 4 Tahun Diserang Anjing Liar Di Langkawi

Pelihara Haiwan Jalanan Jika Tak Setuju Dengan Pelaksanaan Pelupusan

Terbaharu, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan untuk mengambil pendekatan lain bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan adopsi.

Jelas Aminuddin, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak dengan mengadakan bantahan, sebaliknya membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui kaedah pengambilan dan pemeliharaan haiwan terbiar ini.

“Kita sudah tegaskan bahawa pelupusan anjing ini akan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Jika mengikut prosedur operasi standard (SOP), anjing-anjing ini akan disimpan selama beberapa hari selepas ditangkap.

“Dalam tempoh itu, NGO atau individu yang mahu membantu boleh mengambil dan memelihara anjing ini di rumah atau tempat masing-masing.

“Jadi, tidak timbul isu bahawa anjing ini akan ditembak atau dilupuskan begitu saja kerana ada SOP yang perlu dipatuhi,” kata beliau.

Sumber: Malay Mail

Anjing Liar Yang Tidak Terkawal Gugat Keselamatan Penduduk

Mengulas lanjut, Aminuddin menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar ini seperti mana dipersetujui majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 April lalu.

Jelas Menteri Besar itu, lambakan anjing liar telah mengganggu urusan harian para penduduk. Langkah itu juga akan dilakukan selepas mengambil kira faktor keselamatan orang awam ekoran banyak aduan yang diterima melibatkan isu anjing liar ini.

Sumber: Malay Mail

“Dalam perkara ini, kerajaan negeri perlu bersikap adil dalam menyelesaikan aduan, terutama apabila berlaku kes serangan oleh anjing liar sehingga menyebabkan kecederaan.

“Ketika kejadian berlaku, tiada NGO atau pencinta haiwan berkenaan yang tampil memberikan bantuan,” tambah Aminuddin lagi.

Pelupusan Anjing Tertumpu Di Kawasan Perumahan Golongan Muslim

Terdahulu, Aminuddin turut memaklumkan bahawa pelupusan anjing liar tertumpu kepada kawasan majoriti penduduk Muslim supaya tidak mengganggu urusan harian mereka yang hendak ke masjid dan ke sekolah.

“Pelaksanaan pemandulan anjing liar masih diteruskan, tetapi kita lihat anjing liar di kawasan Melayu semakin tidak terkawal.

“Setiap kali sidang DUN, isu yang sama dibangkitkan seolah-olah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan. Jadi, saya perlukan sokongan majoriti ADUN untuk menyelesaikan isu ini,” ulas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Ini Tinggalkan Pitbull Depan Shelter Anjing Jalanan Bersama Wang RM150

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jaga Kebajikan Anjing Jalanan Di Ipoh, Dakwa Ramai Makan Haiwan Ini Untuk Kekal Sihat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.