fbpx
Now Reading
Berang Khemah PBT Halang Kedai, Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Kaca Bangunan MPTI

Berang Khemah PBT Halang Kedai, Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Kaca Bangunan MPTI

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, tindakan memasang khemah MPTI itu didakwa telah menghalang pandangan pelanggan terhadap kedai membaiki jam milik lelaki berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (8 Mei), tular di media sosial video seorang lelaki mengamuk di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Menerusi video yang tular itu, kedengaran lelaki berkenaan mengamuk dan meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besar.

Lebih menjadi perhatian, pintu kaca di bangunan tersebut turut pecah dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Beberapa individu dipercayai kakitangan MPTI dilihat cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Lelaki Mengamuk Kerana Tidak Puas Hati Dengan Pihak Berkuasa Tempatan

Terbaharu, polis mendedahkan punca sebenar lelaki mengamuk di bangunan MPTI adalah kerana tidak puas hati dengan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, suspek yang merupakan seorang peniaga dan berusia 63 tahun itu bertindak agresif dengan memecahkan pintu kaca utama bangunan berkenaan menggunakan tukul besi kira-kira jam 10.15 pagi semalam (8 Mei).

Tambah Bakri, pasukan peronda polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati suspek telah ditahan oleh staf MPTI serta berlaku pertengkaran mulut.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang hadir menaiki motosikal telah memecahkan pintu kaca dan cuba meninggalkan lokasi. Dia bagaimanapun sempat ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

“Dalam keterangannya, suspek menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan MPTI yang memasang khemah di hadapan kedainya sempena perayaan Chitra Pournami yang disambut setiap tahun,” katanya.

Suspek Dakwa Dah Buat Aduan Beberapa Kali Kepada PBT

Jelasnya lagi, tindakan memasang khemah itu didakwa telah menghalang pandangan pelanggan terhadap premis membaiki jam miliknya.

“Suspek mendakwa beberapa aduan telah dibuat kepada MPTI dan laporan polis juga pernah dibuat sebelum ini, namun tiada tindakan diambil menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Suspek telah ditahan dan sebatang tukul besi turut dirampas. Permohonan reman akan dibuat pada Jumaat (9 Mei) di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda awam.

MPTI Sahkan Pihaknya Buat Laporan Polis

Dalam pada itu, MPTI menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Jelas mereka, lelaki berkenaan pada mulanya yang dianggap sebagai pelanggan biasa secara tiba-tiba bertindak memecahkan pintu kaca MPTI menggunakan tukul besi dan membuat kacau ganggu di premis kerajaan terbabit.

Pada masa yang sama, mereka turut memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak berwajib.

Kenyataan Media Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan Tarikh : 8 Mei 2025 #MakmurdanHarmoni #KPKTMalaysia #sukperak

Posted by MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN on Thursday 8 May 2025

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Adik Enggan Beli Rokok, Lelaki Mengamuk Bakar Rumah Pusaka

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengamuk Halang Staf KKM Bawa Wanita Cedera Ke Dalam Ambulans Undang Kecaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Kuliah Subuh Bising, JAIS Jelaskan Penggunaan Pembesar Suara Di Luar Dilarang Sejak 2017

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.