Toyota Yaris Terbabas Sebelum Rempuh Pakcik Sapu Sampah Depan Rumah [Video]
Menerusi video CCTV yang tular, kelihatan pemandu Toyota Yaris merempuh pakcik yang sedang menyapu di hadapan rumah sebelum melanggar tiang elektrik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan seorang warga emas dengan sebuah kereta Toyota Yaris.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) awalnya kelihatan pakcik berkenaan berada di hadapan rumah sedang menyapu.
Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah merempuhnya sebelum melanggar sebuah tiang elektrik yang berada berdekatan rumah pakcik berkenaan.
Turut kelihatan tiang elektrik itu jatuh menyembah bumi selepas dilanggar oleh kereta berkenaan.
Warga emas sedang menyapu terpelanting selepas dirempuh Toyota Yaris
Impak rempuhan menyebabkan warga emas yang dikenali sebagai Muhamad Mustaffa Mustain berusia 61 tahun telah terpelanting beberapa meter.
Memetik Sinar Harian, insiden berlaku sekitar jam 8.30 pagi semalam (7 Mei) dan pemandu Toyota Yaris merupakan seorang jururawat wanita berusia 37 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh siasatan awal mendapati pemandu terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang juga terletak di sekitar kawasan perumahan berkenaan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, wanita terbabit dipercayai hilang kawalan terhadap kenderaannya sebelum merempuh mangsa yang berada di bahu jalan di hadapan rumahnya.
“Kenderaan itu turut melanggar tiang elektrik yang terletak tidak jauh dari lokasi rempuhan,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Mangsa alami kecederaan patah kaki dan dahi luka
Jelas Bahrin lagi, mangsa yang juga seorang pesara mengalami kecederaan yang serius seperti patah kaki sebelah kiri serta luka pada bahagian dahi.
Manakalan pemandu Toyota Yaris itu hanya mengadu alami sakit pada bahagian dada. Mereka kemudiannya dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.
Tambah beliau lagi, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(!) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan.



