Pintu Kereta Tiba-tiba Terbuka, Wanita Maut Dilanggar Lori Tangki Minyak
Difahamkan, semasa kejadian, mangsa menaiki kenderaan itu bersama seorang pemandu lelaki berusia 34 tahun dan anaknya berumur lima bulan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang wanita tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya selepas pintu belakang terbuka secara tiba-tiba.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kejadian dikatakan berlaku di Kilometer 26, Jalan Lukut-Sepang pada Ahad.
Ketika kejadian sebuah lori yang datang daripada arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa yang terjatuh di atas jalan raya.

Polis sedang jalankan siasatan
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.
Menurutnya, kejadian berlaku sekitar pukul 8.20 pagi pada 4 Mei lalu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori tangki minyak.
Ujar Maslan, mangsa yang berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Mangsa menaiki kereta bersama suami dan anaknya
Difahamkan, semasa kejadian, mangsa menaiki kenderaan itu bersama seorang pemandu lelaki berusia 34 tahun dan anaknya berumur lima bulan.
“Pemandu kereta dan anaknya yang berada di tempat duduk hadapan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak tidak cedera.
“Pemandu lori tangka turut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Pemandu kereta negatif dadah, tiada unsur jenayah
Jelasnya lagi, hasil semakan turut mendapati kedua-dua kenderaan mempunyai cukai jalan dan insurans yang masih aktif, manakala ujian saringan urin terhadap pemandu kereta menunjukkan keputusan negatif dadah.
“Rakaman dashcam dari lori tangki telah diperoleh untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Buat masa ini, tiada unsur jenayah dikesan dan siasatan lanjut masih diteruskan.



