Now Reading
Penjara Machang Paling Sesak Di Malaysia, 80% Dipenuhi Banduan Kes Dadah – Menteri KDN

Penjara Machang Paling Sesak Di Malaysia, 80% Dipenuhi Banduan Kes Dadah – Menteri KDN

Menurut Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kapasiti asal penjara Machang sebenarnya hanya mampu menampung 1,560 banduan namun kini ia dihuni seramai 3,184 orang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, media tempatan sering melaporkan kes jenayah antaranya seperti ragut, samun dan jenayah yang melibatkan barang terlarang seperti dadah.

Bila sebut sahaja tentang dadah, antara yang sering mendapat perhatian adalah aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Biarpun telah pelbagai kempen atau kesan keburukan aktiviti ini sering dipaparkan di media sosial namun ada segelintir yang tetap degil untuk terus berbuat sedemikian.

Penjara Machang Paling Sesak Di Malaysia, Dipenuhi 80% Banduan Kes Dadah

Terbaharu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Penjara Machang, Kelantan merekodkan kadar kesesakan tertinggi di Malaysia.

Difahamkan, penjara itu telah menempatkan dua kali ganda jumlah banduan berbanding kapasiti asalnya dengan 80% penghuni terlibat dengan kes dadah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kapasiti asal penjara tersebut sebenarnya hanya mampu menampung 1,560 banduan namun kini ia dihuni seramai 3,184 orang.

“Semua banduan di Penjara Machang adalah kes sabitan dan 80% daripadanya melibatkan kesalahan berkaitan dadah.

“Negara mempunyai 43 buah penjara dan Penjara Machang adalah yang paling sesak. Penjara Pengkalan Chepa juga berdepan situasi sama apabila menempatkan 2,977 banduan berbanding kapasiti asal hanya 1,500 orang.

“Daripada jumlah itu, 65% merupakan banduan kes berkaitan dadah sama ada reman atau sabitan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Penjara Sesak Lambang Masalah Penyalahgunaan & Pengedaran Dadah Di Kelantan Pada Tahap Serius

Jelas Saifuddin, keadaan itu melambangkan betapa seriusnya masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri yang terkenal dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang itu.

Malah, ia juga dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan Malaysia.

Pada masa yang sama, Saifuddin turut mendedahkan statistik bagi tahun 2022, 2023 dan suku pertama 2024 menunjukkan terdapat peningkatan yang konsisten dalam jumlah tangkapan, reman dan sabitan berhubung kes dadah di Kelantan.

“Tren peningkatan ini amat jelas. Malah, Kelantan mencatat kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini, iaitu melebihi 1,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding purata nasional sebanyak 566 kes,” kata Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Jelasnyanya lagi, statistik tersebut diperolehi daripada empat sumber utama iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Narkotik Bukit Aman, Pusat Pemulihan Dadah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Empat negeri sempadan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berada dalam senarai tertinggi penyalahgunaan dadah.

“Daripada lima daerah utama di negara ini, empat terletak di Kelantan iaitu Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh, selain Pendang di Kedah,” katanya.

Pada masa yang sama, Saifuddin turut menggesa agar Polis Kelantan meningkatkan lagi penguatkuasaan untuk menangani isu ini selain meminta agar AADK memperkukuh strategi pencegahan melibatkan komuniti dan institusi pendidikan.

Kes Rogol, Senjata Api & Dadah Antara Kes Jenayah Yang Menunjukkan Peningkatan Di Kelantan

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ada mendedahkan kes rogol, senjata api dan dadah merupakan antara kes jenayah yang menunjukkan peningkatan di negeri tersebut.

Sepanjang Januari hingga Mac 2025, jenayah Narkotik meningkat sebanyak 1% dengan 82 kes.

“Bagi bulan Januari hingga Mac 2025 7,138 kes telah direkodkan berbanding sejumlah 7,056 kes bagi tempoh sama tahun 2024,” katanya.

Jelasnya lagi, nilai rampasan dadah pula menunjukkan penurunan sebanyak 58% dengan jumlah RM2.2 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak RM5.2 juta.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol, Dadah & Senjata Api Di Kelantan Meningkat – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Wanita Dari Kelantan & 5 Individu Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Untuk Prosiding Reman [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.