fbpx
Now Reading
Baling Botol & Sorok Motosikal, Asyraf Wajdi Arah GiatMARA Siasat Dakwaan Pelatih OKU Dibuli [Video]

Baling Botol & Sorok Motosikal, Asyraf Wajdi Arah GiatMARA Siasat Dakwaan Pelatih OKU Dibuli [Video]

Tegas Pengerusi MARA itu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan buli sama ada secara fizikal atau mental.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Bergurau ada batasnya,” kita semua pasti pernah mendengar kata-kata ini bukan? Memang benar gurauan perlulah ada hadnya.

Hal ini kerana tidak mustahil jika individu yang diusik secara berlebih-lebihan boleh terkilan atau lebih teruk lagi memendam rasa sakit di hati.

Malah perbuatan sedemikian juga boleh dikira sebagai buli emosi atau buli mental dan ia tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa sahaja apatah lagi golongan orang kurang upaya (OKU).

Tular pelatih OKU di GiatMARA jadi mangs buli

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang mendakwa seorang pelatih orang kurang upaya GiatMARA di Alor Gajah, Melaka menjadi mangsa buli beberapa pelatih yang lain.

Perkara terbabit menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia didedahkan oleh seorang lelaki yang juga dipercayai pelatih di GiatMARA berkenaan.

Penyanyi rap, Caprice yang turut berkongsi video pendedahan itu di akaun Instagram miliknya turut meminta agar pihak MARA mengambil tindakan tegas terhadap isu tersebut.

Dibaling botol ketika baring dan motosikal disorok

Menurut lelaki itu, pelatih OKU berkenaan yang baru sahaja menjadi rakannya menceritakan sendiri kepadanya mengenai perkara tersebut.

Ujarnya, antara buli yang dilakukan terhadap pemegang kad OKU adalah dibaling botol ketika sedang berehat selain motosikal milik pelatih itu juga disorokkan di dalam sebuah sangkar.

Dia turut menunjukkan video-video semasa kejadian berlaku sebagai bukti terhadap apa yang dilakukan kepada pelatih itu oleh beberapa pelatih GiatMARA yang lain.

Siasatan sedang dijalankan, tindakan segera akan diambil

Perkara terbabit kemudiannya mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam (4 Mei), Asyraf berkata semua individu termasuk pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli akan dipanggil pihak pengurusan pada hari ini (5 Mei) untuk siasatan yang terperinci.

Menurutnya lagi, beliau sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Ahmad Hamdi Ibrahim supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu adalah gurauan kasar sesama pelatih ketika mereka menjalani latihan di GiatMARA Alor Gajah sebelum ini.

“Kini, mereka semua sedang menjalani Latihan Industri dalam bidang Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam,”

Tegas beliau, MARA tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan buli sama ada secara fizikal atau mental.

“Ia berlaku pada Februari lalu.” – Exco Melaka

Dalam satu kemaskini terbaharu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, kes buli melibatkan OKU berkenaan sebenarnya berlaku pada Februari lalu dan ianya sudah pun selesai antara mangsa dan semua pelajar terlibat.

Jelas beliau, insiden berlaku di GiatMARA Durian Tunggal dan pihak MARA sudah menganggap kes itu selesai memandangkan kedua-dua pihak sudah saling bermaafan.

“Berdasarkan hasil siasatan saya kes ini dah lama berlaku sekitar Februari lalu dan sebenarnya pelajar yang terlibat pun sudah dipanggil oleh Mara.

“Keterangan semua telah diambil malah semua (pelajar terlibat) pun sudah minta maaf dan mereka meneruskan kursus kemahiran menjalani latihan loji,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.