fbpx
Now Reading
Isu Rumah Terbuka KKM: Menteri KPDN Khuatir Siti Nurhaliza Serik Buat Persembahan Sukarela

Isu Rumah Terbuka KKM: Menteri KPDN Khuatir Siti Nurhaliza Serik Buat Persembahan Sukarela

Datuk Armizan Mohd. Ali meluahkan rasa sedih dan bimbang sekiranya situasi tersebut membuatkan Tok Ti enggan lagi secara sukarela membuat persembahan di mana-mana acara kerajaan selepas ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semuanya gara-gara persembahan artis popular antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah sewaktu majlis tersebut.

Ini kerana ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan KKM yang kononnya menganjurkan majlis raya secara besar-besaran.

Malah, ada yang mendakwa KKM mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk penyanyi itu membuat persembahan.

Namun, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti tampil menjelaskan bahawa persembahan yang dibuat di KKM adalah secara sukarela dan tanpa bayaran malah kehadirannya adalah sebagai tetamu jemputan.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Seikhlas Hati” – Siti Nurhaliza Nafi Dibayar Buat Persembahan Di Rumah Terbuka KKM

Menteri KPDN Bimbang Siti Nurhaliza Serik Buat Persembahan Sukarela

Walaupun penjelasan telah dibuat oleh penyanyi nombor satu negara itu, namun ia dilihat tidak dapat meredakan isu berkenaan hingga ada yang terus mempertikainya.

Terbaharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali meluahkan rasa sedih dan bimbang sekiranya situasi tersebut membuatkan Tok Ti enggan lagi secara sukarela membuat persembahan di mana-mana acara kerajaan selepas ini.

“Saya sedih bila Datuk Siti perlu buat penjelasan. Saya khuatir selepas ini dia tak mahu lagi menyanyi secara sukarela. Itu yang saya risau.

“Jadi saya ingin jelaskan, contohnya kalau terkait Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dia merupakan penggerak kepada Yayasan Nurjiwa, (Siti) merupakan rakan strategik KPDN,” katanya.

Armizan berkata demikian ketika merasmikan Hari Intelek dan Muzik 2025 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) semalam (24 April).

Siti Nurhaliza Turut Buat Persembahan Tanpa Bayaran

Jelas Armizan lagi, penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu turut membuat persembahan tanpa sebarang bayaran dan hadir atas semangat kebersamaan di majlis sambutan Aidilfitri anjuran KPDN.

“Dia (Siti) hadir atas kebersamaan dan kita amat menghargainya, beliau yang sentiasa memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang bekerja keras termasuk di KPDN,” jelasnya lagi.

Terdahulu, akaun Facebook Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dihujani dengan kritikan segelintir pihak apabila ada yang mendakwa KKM mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membayar artis popular membuat persembahan sewaktu majlis rumah terbuka pada 22 April yang lalu.

Namun, Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mendedahkan persembahan yang dibuat itu adalah dengan rela hati tanpa sebarang pembayaran sebagai menghargai petuga kesihatan.

Pada masa yang sama, Dr Dzulkefly turut mengesahkan tiada bayaran yang dibuat untuk persembahan artis yang terlibat.

“Seperti yang disahkan sendiri oleh Tokti, beliau meraikan staff KKM secara percuma manakala saguhati kepada Jamal Abdillah. Tok Ti hadir sebagai rakan tetamu Yayasan Nurjiwa, Mila AF juga tidak mengenakan caj,” katanya.

AlhamdulilLah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #KKM berlangsung dengan penuh…

Posted by Dr Dzulkefly Ahmad on Tuesday 22 April 2025

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.