fbpx
Now Reading
Beri Kesan Negatif Kepada Kesihatan Rakyat, Terengganu Larang Penjualan Vape Mulai 1 Ogos

Beri Kesan Negatif Kepada Kesihatan Rakyat, Terengganu Larang Penjualan Vape Mulai 1 Ogos

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah peniaga atau penguasaha yang masih menjalankan perniagaan vape selepas tempoh larangan dikuatkuasa akan dikenakan tindakan tegas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Vape atau turut dikenali sebagai rokok elektronik merupakan salah satu bahan yang sering diambil oleh orang ramai sebagai pengganti rokok khususnya golongan muda.

Bahan elektronik ini turut dijual dengan pelbagai perisa untuk memberikan rasa yang sedap kepada mereka yang menghisapnya.

Namun penggunaan vape ini boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti paru-paru, tekak, sel otak, jantung dan banyak lagi.

Terengganu larang jual vape bermula 1 Ogos ini

Terbaharu kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan larangan bagi penjualan bahan elektronik terbabit di seluruh premis di negeri tersebut bermula 1 Ogos.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Negeri pada Rabu (23 April).

Langkah proaktif untuk bendung penjualan dan penggunaan vape kerana beri kesan negatif

Menurutnya penguatkuasaan itu adalah langkah proaktif diambil kerajaan untuk membendung penjualan serta penggunaan rokok elektronik tersebut kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan rakyat khususnya terhadap generasi muda.

“Antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu.

“Syarat lesen perniagaan pula akan diperkemas bagi memastikan larangan penjualan vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya,” jelasnya, lapor Bernama.

Kata beliau lagi, peniaga mahupun pengusaha yang masih melakukan penjualan vape selepas tempoh larangan tersebut dikuatkuasakan boleh dikenakan tindakan tegas.

Tindakan diambil di bawah undang-undang kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu kompaun, sita serta pendakwaan di mahkamah.

Kerajaan negeri tak ambil sebarang tajaan dari syarikat pengeluar dan pengedar vape untuk mana-mana acara

Selaras dengan keputusan tersebut, kerajaan negeri memutuskan tidak akan mengambil sebarang tajaan dari sebarang syarikat pengeluar dan pengedar vape bagi apa-apa penganjuran acara membabitkan kerajaan negeri sebagai tanda komitmen dan ketegasan.

“Bagi menjaga kebajikan pengusaha vape yang terjejas, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan menawarkan penyertaan dalam kursus keusahawanan serta peluang perniagaan dalam sektor yang lebih mampan dan selamat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.