Jijik! Cleaner Didakwa Tarik Baju Dalam & Hisap Payudara Rakan Sekerja Dalam Bilik Rehat
Tukang cuci itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik rehat sebuah kilang yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kira-kira jam 3.30 petang pada 18 April lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masalah gangguan seksual atau mencabul kehormatan dilihat masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat.
Walaupun telah banyak kempen atau peringatan dibuat, ada segelintir individu tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri dilihat tetap melakukan perkara tersebut.
Kebiasaannya, kanak-kanak atau wanitalah yang sering menjadi mangsa golongan sebegini.
Kadang kala, si pelaku pula merupakan orang yang paling dipercayai dan tidak disangka akan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Tukang Cuci Cabul Kehormatan Rakan Sekerja, Tarik Baju & Hisap Payudara
Terbaharu, seorang tukang cuci (cleaner) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka semalam (23 April) atas pertuduhan mencabul rakan sekerjanya pada minggu lalu.
Tertuduh yang dikenali sebagai Azizul Hamis@Jainy membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Aiza Khairuddin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 40 tahun itu didakwa sengaja melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dengan cara menarik baju dalam dan menghisap payudara kiri mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik rehat sebuah kilang yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kira-kira jam 3.30 petang pada 18 April lalu.
Tertuduh Boleh Dihukum Penjara Maksimum 10 Tahun
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau keduanya sekali daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain sebelum itu tidak menawarkan jaminan namun mencadangkan RM15,000 dengan seorang penjamin sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara dan syarat tambahan.
Walau bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd. Fadzlullah Ramlee yang mewakili tertuduh merayu jaminan yang rendah atas alasan anak guam dan isterinya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan tidak lebih RM1,500 selain menanggung dua orang anak yang masih kecil.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Ia diikuti dengan syarat tambahan dipohon pendakwaan agar tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan dilarang menganggu saksi pendakwaan.
Manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Jun ini.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Didenda RM3000 Gara-Gara Peluk Bekas Rakan Sekerja Wanita Dalam Lif
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Alami Detik Cemas, Dipeluk & Cuba Ditarik Masuk Dalam Semak Ketika Joging



