Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia – Timbalan MB
Menurut Mohamed Fadzli, bagaimanapun Kelantan mencatat bacaan indeks jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah yang agak tinggi, justeru pelbagai usaha dijalankan untuk mengatasi masalah terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Negeri yang aman dan sejahtera pastinya dapat menjaminkan keselamatan hidup rakyat-rakyatnya.
Malah, setiap orang juga sudah tentu menginginkan negeri yang didudukinya itu selamat dari sebarang kes jenayah.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa setiap negeri yang ada di Malaysia ini pasti ada sahaja kes jenayah yang dilaporkan.
Kelantan negeri kedua paling selama di Malaysia selepas Sabah
Pun begitu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memberi jaminan bahawa negeri Serambi Mekah itu antara paling selamat di Malaysia.
Menurutnya, jaminan itu diberikan susulan Kelantan mencatatkan indeks jenayah kedua terendah di seluruh negara.
Kata Mohamed Fadzli, jenayah indeks adalah kesalahan seperti kekerasan, kes bunuh, merompak, mencuri dan kes rogol.
Laporan DOSM buktikan Kelantan antara negeri yang selamat
Jelasnya, kenyataan itu disahkan melalui laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan skor 96 per 100,000 penduduk yang mana menjadikan Kelantan negeri kedua paling selamat.
“Selain itu, statistik menunjukkan Sabah negeri pertama selamat dengan indeks jenayah sebanyak 95 per 100,000 penduduk.
“Jika dilihat laporan tidak banyak perbezaan antara Kelantan dan Sabah. Kita boleh menguar-uarkan hasil daripada kajian indeks sosial ini dan langsung tiada istilah untuk menjadikan ia sebagai bahan politik,” katanya.
Jenayah berkaitan dadah di Kelantan agak tinggi
Namun menurutnya lagi, Kelantan mencatat bacaan indeks jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah yang agak tinggi, justeru pelbagai usaha dijalankan untuk mengatasi masalah terbabit.
“Kerajaan dari semasa ke semasa mengambil pelbagai inisiatif seperti menubuhkan unit dakwah halaqah, mewujudkan enakmen kawalan hiburan, menutup kedai judi dan mengawal penjualan arak.
“Kita juga melakukan pengubahsuaian terhadap budaya rakyat Kelantan yang bertentangan Islam, sebagai contoh membabitkan persembahan Makyong, wayang kulit dan lain-lain.
“Semua ini antara bukti tahap pencapaian kerajaan negeri dalam penghayatan Membangun Bersama Islam,” katanya.
Kes rogol, senjata api dan dadah meningkat di Kelantan
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan kes rogol, senjata api, dan dadah merupakan antara kes jenayah yang mengalami peningkatan di negeri itu sepanjang Januari hingga Mac berbanding tahun lepas.
Menurutnya, sepanjang tempoh tiga bulan itu, kes rogol meningkat sebanyak 15.6% iaitu lima kes, samun berkawan bersenjata api pula 100% (1 kes) dan cedera 6.8% (3 kes).
“Bagi jenayah Narkotik pula, ia meningkat sebanyak 1% iaitu 82 kes.
“Bagi bulan Januari hingga Mac 2025 7,138 kes telah direkodkan berbanding sejumlah 7,056 kes bagi tempoh sama tahun 2024,” katanya dipetik Sinar Harian.
Menurutnya lagi, nilai rampasan dadah juga menunjukkan penurunan sebanyak 58% iaitu berjumlah RM2.2 juta berbanding tempoh yang sama tahun 2024 iaitu sebanyak RM5.2 juta.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol, Dadah & Senjata Api Di Kelantan Meningkat – PDRM



