fbpx
Now Reading
Berebut Isi Pistol Air Punya Hal, Punca Pergaduhan Di Pesta Songkran

Berebut Isi Pistol Air Punya Hal, Punca Pergaduhan Di Pesta Songkran

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, lima orang lelaki yang berusia sekitar 20-an hingga 30-an telah ditahan untuk membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (21 April), tular di media sosial satu insiden pergaduhan melibatkan beberapa orang individu di sebuah pesta Songkran.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan luar parkir pusat beli-belah One Utama, berlaku pergelutan di antara individu yang dipercayai menyertai festival tersebut.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang dilihat membaling kerusi dan penghadang yang terdapat di situ malah ada yang dilihat memegang objek tajam buatan mereka sendiri.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan.

Pun begitu, dia telah mengarahkan Ketua Balai Polis Damansara membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pergaduhan Pesta Songkran Di 1 Utama, Polis Buka Kertas Siasatan

Berebut Isi Air Dalam Pistol Air Jadi Punca Pergaduhan

Terbaharu, polis mendedahkan insiden pergaduhan di festival Songkran di pusat beli belah tersebut berpunca gara-gara perebutan mengisi air ke dalam pistol air.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, lima orang lelaki yang berusia sekitar 20-an hingga 30-an telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Kita telah berjaya menahan lima individu yang terlibat dengan pergaduhan, kejadian dikatakan berpunca daripada berebut semasa mengisi air untuk pistol air yang digunakan dalam pesta tersebut,” katanya.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Malah, Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai, Balai Polis Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 56 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan itu oleh seorang pengguna Facebook kira-kira jam 10 pagi pada Isnin (21 April) lalu.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua Balai Polis Damansara dan siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Sebagai info, kebelakangan ini kerap berlaku kontroversi membabitkan penganjuran pesta Songkran di Malaysia.

𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) – 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐂𝐏 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐑𝐔𝐋𝐍𝐈𝐙𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀’𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 KES VIDEO TULAR KEJADIAN PERGADUHAN DI DAMANSARA, PETALING JAYA

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Monday 21 April 2025

One Utama Songkran Festival just turned into a full-on boxing match… no eye see lah.

Posted by Malaysia Shopping Mall on Sunday 20 April 2025

Baca Artikel Berkaitan: Isu Wanita Berpakaian Seksi Menari Di Pesta Songkran: Mufti Pulau Pinang Gesa Tindakan Tegas Diambil

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pesta Songkran Batu Feringghi: Penganjur Ada Lesen Hiburan Tapi Tak Ikut Syarat – Exco Pulau Pinang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.