JAKIM Teliti Kenyataan Hadi “Kemenangan Politik Lebih Utama Daripada Tunai Umrah & Haji” [Video]
JAKIM turut mengingatkan semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan menyentuh hal berkaitan agama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (20 April), kecoh di media sosial mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dikatakan memberi ‘signal’ supaya umat Islam di Malaysia mengutamakan kemenangan politik mendahului hasrat menunaikan ibadah umrah dan haji.
Ketetapan itu dibuat Abdul Hadi dengan mengambil ibrah daripada peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.
Beliau berkata, ini kerana kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa seiring firman Allah SWT yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.
JAKIM teliti kenyataan Abdul Hadi
Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti kenyataan Abdul Hadi berkaitan kemenangan politik lebih utama daripada menunaikan ibadah umrah dan haji.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, penelitian itu dilakukan bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak berkuasa berkaitan.
“Langkah ini diambil bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak dan tidak menafsirkan kenyataan itu secara salah,” katanya dipetik Berita Harian.
Berhati-hati dalam keluarkan kenyataan berkaitan agama – JAKIM
Dalam pada itu, JAKIM turut mengingatkan semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan menyentuh hal berkaitan agama.
Menurut jabatan itu, hal ini supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Umat Islam ketika ini lebih memilih umrah dan haji berbanding kemenangan politik
Terdahulu, Abdul Hadi mengakui umat Islam ketika ini lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.
“Kita mesti faham, kemenangan politik kepada Islam sangat penting. Islam mesti berkuasa dan memerintah sekali gus memimpin.
“Di Malaysia, orang Melayu adalah majoritinya Islam. Mereka berhak memimpin, bukan bermakna kita menafikan hak bukan Islam.
“Bukan Islam dibenarkan berada dalam negara Islam dan menyertai kerajaan tetapi kuasa politik yang tinggi mesti (diterajui) orang Islam,” katanya dipetik Harian Metro.
Difahamkan, Abdul Hadi memberikan kenyataan itu ketika berucap pada ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Tapah pada malam kelmarin (19 April) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April ini.



