Isu Jalur Gemilang Tidak Lengkap: 2 Editor Kanan Sin Chew Daily Dibebaskan Selepas Ditahan Untuk Siasatan
Dalam pada itu, akhbar Sin Chew Daily mengumumkan telah menggantung tugas Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Penyunting Berita itu ekoran daripada insiden tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu Jalur Gemilang tanpa elemen bulan sabit yang dipaparkan pada akhbar tempatan, Sin Chew Daily masih lagi menjadi bualan sehingga kini.
Walaupun permohonan maaf telah dibuat dan mereka menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan namun isu itu masih lagi dipandang serius oleh kebanyakan pihak.
Malah, siasatan terhadap akhbar berkenaan juga telah mula dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Editor serta Timbalan Ketua Penyunting ditahan polis semalam (17 April) bagi membantu siasatan.
Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Guna Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Ahli MKT UMNO Gesa Kerajaan Tarik Lesen Penerbitan Sin Chew Daily
Ketua Editor & Timbalan Ketua Penyunting Telah Dibebaskan Setelah Beri Keterangan Selama 3 Jam
Terbaharu, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting yang ditahan polis untuk tujuan siasatan telahpun dibebaskan pada malam semalam (17 April). Difahamkan, kedua-duanya dibebaskan pada jam 8.30 malam.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan penahanan dua individu terbabit bagi tujuan siasatan lanjut.
“Kita tahan untuk siasatan dan bawa dua individu terbabit ke pejabat bagi mendapatkan komputer serta barang berkaitan kes bagi siasatan selanjutnya,” katanya.
Keterangan dua kakitangan akhbar tersebut dirakam oleh pihak polis selama tiga jam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Polis Terima 40 Laporan Berhubung Isu Jalur Gemilang Tidak Lengkap
Difahamkan, Ketua Editor berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut manakala Timbalan Ketua Penyunting pula merupakan pereka grafik gambar berkenaan.
Jelas Razarudin, sehingga kini, pihaknya telah menerima sebanyak 40 laporan berhubung insiden berkenaan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dua Kakitangan Sin Chew Daily Digantung Tugas Serta-Merta
Dalam pada itu, akhbar Sin Chew Daily mengumumkan telah menggantung tugas Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Penyunting Berita ekoran daripada insiden tersebut.
Kedua-duanya dikenakan tindakan tatatertib serta-merta sehinggalah siasatan berhubung isu berkenaan selesai.
“Pihak pengurusan Sin Chew Daily mengumumkan keputusan ini berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sehingga siasatan selesai,” katanya.
Terdahulu, akhbar Sin Chew Daily mula menjadi bualan ramai apabila tiada elemen bulan sabit yang dipaparkan pada bendera Malaysia di muka hadapan akhbar itu pada Selasa (15 April) lalu.
Isu itu mula mendapat kritikan ramai pihak termasuklah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah agar pihak pengurusan akhbar seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak.
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Bendera Lambang Kedaulatan & Identiti Negara – Agong
Baca Artikel Berkaitan: Media Kwong Wah Yit Poh Pula Dipanggil MCMC Berhubung Isu Jalur Gemilang Tidak Lengkap



