Insiden Provokasi Semasa Sitaan Restoran Di Ipoh: Penguat Kuasa MBI & Peniaga Berdamai
Insiden provokasi itu diselesaikan dalam suasana harmoni hasil pertemuan yang diatur oleh ADUN Jelapang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur semalam (17 April).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Rabu (16 April) lalu, tular di media sosial video memaparkan kekecohan di sebuah restoran melibatkan beberapa anggota penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan orang awam yang terdiri daripada peniaga.
Menerusi video yang tular, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak hingga tercetusnya pergelutan.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menjelaskan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang penguatkuasa MBI yang berusia 40 tahun pada hari yang sama.
Siasatan awal mendapati berlaku provokasi antara kedua-dua pihak apabila salah seorang pekerja restoran tidak berpuas hati dengan tindakan MBI yang menyita kerusi dan meja selepas mendapat aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.
Malah, pengadu juga turut mendakwa ada salah seorang anggota penguat kuasa turut ditumbuk oleh suspek.
Part1 摆桌椅在人行道, MBI来扫了
Posted by Happy Boss Network on Wednesday 16 April 2025
Anggota Penguat Kuasa MBI & Peniaga Berdamai, Adakan Pertemuan Untuk Cari Penyelesaian
Terbaharu, insiden provokasi yang melibatkan anggota penguat kuasa dan peniaga yang berlaku di Taman Rasi Jaya, Menglembu telah selesai secara aman.
Ia diselesaikan dalam suasana harmoni hasil pertemuan yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Pou Hian dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How semalam (17 April) di Pejabat Bahagian Penguat kuasa MBI.
Menurut Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI, Ahmad Zaiyadi Sudin, perjumpaan itu diadakan bagi tujuan untuk mencari penyelesaian agar krisis tidak berpanjangan serta tidak disalah tafsir sebagai isu perkauman.
“Ini sebenarnya isu perundangan dan apabila melibatkan sentuhan terhadap anggota beruniform, prosesnya panjang. Namun, ia jarang berlaku di Ipoh.
“Proses penguatkuasaan ini lebih kepada mendidik masyarakat mengenai kesalahan dan kepatuhan terhadap undang-undang,” katanya.
Malah, Ahmad Zaiyadi tidak menafikan sememangnya berlaku cabaran termasuk provokasi dari sesetengah pihak ketika proses menguatkuasakan undang-undang.
Kedua Pihak Tarik Laporan Polis, Jadikan Insiden Sebagai Proses Pembelajaran
Tambahnya lagi, kejadian itu dijadikan sebagai proses pembelajaran kepada MBI dalam menangani cabaran sedemikian.
“Kami akan menambah baik modul latihan supaya anggota lebih bersedia menghadapi pelbagai situasi di lapangan secara berhemah. Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang.
“Ini bukan isu besar, kita hanya cari titik pertemuan untuk diselesaikan secara baik.
“Malah, kedua-dua pihak juga bersetuju menarik balik laporan polis dan tidak akan memanjangkan kes ini,” katanya.
#Ipoh Insiden pergaduhan antara pekerja sebuah kedai kopi di Taman Bercham Indah, Ipoh, dan pihak penguat kuasa Majlis…
Posted by Perak Press on Thursday 17 April 2025
Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian Exco Kerajaan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching yang mengarah agar siasatan segera dijalankan.
Malah, Sandrea juga menegaskan kejadian tersebut bukanlah suatu isu perkauman dan meminta agar orang ramai tidak menimbulkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian.
Pendapat yang sama turut dikeluarkan oleh Ketua WHIP MBI, Wong Kar Keat, yang meminta agar insiden itu tidak dikaitkan dengan isu perkauman.
Kerajaan Negeri telah menerima makluman berkenaan video yang tular membabitkan insiden antara anggota penguatkuasa PBT…
Posted by Sandrea Ng on Wednesday 16 April 2025
就今早怡保市政厅(MBI)在Taman Rasi…
Posted by Wong Kar Keat 黄家杰 on Wednesday 16 April 2025
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Siasat Dakwaan Anggota MBI Ditumbuk Ketika Operasi Sita Restoran Di Menglembu
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Tular Gigit Anggota DBKL Dakwa Ditindas, Central Market Nafi & Tampil Beri Penjelasan [Video]



