Tok Mat Mohon Maaf Isu Penutupan Jalan, Cadang Laksana WFH & PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian selepas timbul kesulitan yang dihadapi oleh rakyat khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April nyata mendapat perhatian ramai khususnya rakyat Malaysia.
Manakan tidak, kehadiran pemimpin dari negara Tembok Besar itu ke negara ini merupakan kunjungannya buat kali kedua ke Malaysia sepanjang tempoh 12 tahun dan kali ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Memandangkan Xi Jinping merupakan pemimpin kedua paling berkuasa di dunia, kehadirannya itu dikawal rapi sehingga beberapa jalan raya terpaksa ditutup sementara ketika rombongannya mahu menggunakan laluan tersebut.
Langkah itu walau bagaimanapun diakui mendatangkan kesukaran kepada orang awam hingga ada yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya lebih satu jam sepanjang tempoh kunjungan berlangsung.
@lynn_sanhlaing Road closure for China president visit. Be careful to those who’s taking mex highway. Super heavy traffic. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #malaysiatiktok #trending #tamil #tiktokmalaysia #fypシ゚
♬ original sound – soundeffectsforyou – soundeffects4u
@selangortv Keadaan trafik di Lebuhraya ELITE pagi tadi susulan penutupan sementara beberapa lebuh raya bagi memberi laluan kepada Presiden China, Xi Jinping dan delegasi bergerak ke KLIA. Laluan lain yang terkesan membabitkan Persimpangan Putrajaya (Arah Selatan – ke Putrajaya sahaja), bermula dari Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya MEX dan Lingkaran Putrajaya / Lebuhraya ELITE. Persimpangan lain di Lebuhraya MEX seperti Persimpangan Seri Kembangan, Bukit Jalil, Kuchai Lama dan Bulatan Pandan tidak terlibat dengan penutupan trafik ini. Video: Zam Kamarudin / Media Selangor MediaSelangor PresidenChina
♬ original sound – SelangorTV – SelangorTV
Kementerian Luar Cadang Beri Kebenaran WFH & PdPR
Prihatin dan memahami apa yang dihadapi oleh orang ramai, Kementerian Luar bercadang untuk memberikan kebenaran kepada pekerja di Lembah Klang untuk bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sewaktu Sidang Kemuncak Asean yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Mei dan Oktober depan.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, cadangan tersebut akan dibawa ke kabinet agar tidak timbul lagi isu kesesakan apabila berlakunya penutupan jalan bagi menyambut ketibaan orang kenamaan.
Tidak hanya itu, beliau yang juga mesra dengan panggilan Tok Mat turut mencadangkan agar sekolah melaksanakan pembelajaran secara dalam talian (PdPR) sewaktu sidang tersebut berlangsung.
“Saya ingin mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya kakitangan jabatan tertentu dibenarkan bekerja dari rumah.
“Sekolah pula boleh melaksanakan pembelajaran secara dalam talian bagi mengurangkan kesesakan serta mengelakkan kesulitan kepada rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Beliau berkata demikian selepas timbul kesulitan yang dihadapi oleh rakyat khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika lawatan rasmi Xi Jinping.
Tok Mat Turut Mohon Maaf Kepada Mereka Yang Terkesan Dengan Penutupan Jalan
Malah, Tok Mat turut memohon maaf kepada orang ramai yang terkesan akibat penutupan jalan raya baru-baru ini.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terjejas akibat penutupan jalan sepanjang lawatan Presiden Xi Jinping,” ujarnya.
17 Laluan Di Ibu Negara & Putrajaya Ditutup Ketika Kunjungan Rasmi Presiden China
Terdahulu, sebanyak 17 laluan di ibu negara serta Putrajaya ditutup sempena lawatan rasmi Presiden China itu.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada Ahad lalu, penutupan jalan dan lencongan penuh akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi dari negara itu.
Antara jalan yang terlibat adalah Lebuh Raya ELITE, MEX, SUKE dan beberapa jalan utama di Putrajaya seperti Persiaran Selatan dan Lebuh Gemilang.
Sebanyak 17 laluan di Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan sementara dari 15 hingga 17 April ini…
Posted by BuzzKini on Sunday 13 April 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Nak Susahkan Rakyat” – Lelaki Kongsi Sebab Jalan Ditutup Ketika Kunjungan Presiden China [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Presiden China Mulakan Lawatan Di Malaysia Bermula Esok, Bincang Kerjasama 2 Hala



