Media Kwong Wah Yit Poh Pula Dipanggil MCMC Berhubung Isu Jalur Gemilang Tidak Lengkap
Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mereka juga telah mula menjalankan siasatan terhadap akhbar Kwong Wah Yit Poh berhubung isu Jalur Gemilang tidak lengkap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (16 April), kecoh di media sosial mengenai ilustrasi bendera Malaysia yang tidak mempunyai elemen bulan sabit diletakkan pada akhbar tempatan, Sin Chew Daily.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas dikongsikan oleh beberapa pengguna Facebook termasuk aktivis Firdaus Wong Wai Hung.
Namun, Sin Chew Daily dalam satu kenyataan telahpun membuat permohonan maaf dan menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
Pun begitu, ia masih lagi dilihat tidak dapat meredakan keadaan sehingga ada segelintir individu yang mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap akhbar berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Guna Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Ahli MKT UMNO Gesa Kerajaan Tarik Lesen Penerbitan Sin Chew Daily
Muat Naik Gambar Jalur Gemilang Tidak Lengkap, MCMC Panggil Pihak Pengurusan Media Kwong Wah Yit Poh
Belum reda dengan isu melibatkan Sin Chew Daily, kini pihak pengurusan sebuah lagi akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh pula dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam (16 April) berhubung isu Jalur Gemilang tidak lengkap.
Mereka dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai satu laporan berkaitan gambar bendera Malaysia yang tidak lengkap sifatnya dan dimuat naik di akaun Facebook rasmi media tersebut.

MCMC Sedang Jalankan Siasatan Berhubung Kandungan Yang Dimuat Naik
MCMC menerusi kenyataan menjelaskan, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) khususnya Seksyen 233.
Ia berikutan kesalahan yang dilakukan melibatkan kandungan yang dimuat naik secara dalam talian.
MCMC Pandang Serius, Turut Beri Amaran Kepada Orang Ramai
Jelas MCMC, mereka mengambil serius dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara itu.
“MCMC memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan,” katanya.
Malah, mereka juga turut memberi amaran tegas kepada semua pihak khususnya organisasi media serta orang awam agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh bersifat mempersenda atau menampilkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap.
“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini.
“MCMC komited untuk memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan,” kata mereka lagi.
KENYATAAN MEDIA ISU ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP DI PLATFORM DALAM TALIAN MILIK ORGANISASI MEDIA #MCMC
Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Wednesday 16 April 2025
KDN Turut Jalankan Siasatan Terhadap Kwong Wah Yit Poh
Memetik Malaysia Kini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mereka juga telah mula menjalankan siasatan terhadap akhbar Kwong Wah Yit Poh.
“Kesalahan ini membawa impak yang sama, ia tidak boleh dikompromi dan akan disiasat di bawah peruntukan perundangan yang melibatkan media baru.
“Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri memberi peringatan tegas agar tidak ada pihak yang secara sengaja atau tidak cuba mempermainkan Jalur Gemilang samada di media cetak, elektronik mahupun media sosial.
“Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan identiti nasional negara ini yang wajib dihormati serta dimartabatkan oleh semua pihak,” ujar mereka.
ISU ILUSTRASI JALUR GEMILANG YANG TIDAK LENGKAP TANPA SIMBOL BULAN SABIT Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima…
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Wednesday 16 April 2025
Sebelum ini, selain Sin Chew Daily, turut tular hantaran di Facebook Kwong Wah Yit Poh yang memaparkan bahagian depan edisi petang pada 15 April lalu.
Kandungan menyertakan gambar papan iklan elektronik di sebuah pusat beli belah yang memaparkan gambar bendera Malaysia dan China namun dalam keadaan Jalur Gemilang yang terpotong bulan sabitnya.
Malah, beberapa pengguna Facebook termasuk aktivis Firdaus Wong Wai Hung turut berkongsikan perkara itu.
Semalam 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily terbitkan Jalur Gemilang tanpa bulan kemudian meminta maaf. Hari ini, 光华日报 …
Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Tuesday 15 April 2025
Tarik lesen saja lah.. 現在本地中文媒體就是斗爛。 星洲封面刊登大馬國旗少了新月。 這樣的錯也能犯。🤦 還有是馬中友誼,不是中馬友誼啦。 光華這個也keat,大馬國旗直接來個十三個角的星星 🤦…
Posted by Patrick Loo on Wednesday 16 April 2025
Baca Artikel Berkaitan:



