fbpx
Now Reading
Mahu Perkasakan Disiplin Pelajar MRSM, MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden

Mahu Perkasakan Disiplin Pelajar MRSM, MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kerjasama juga akan dibuat dengan Persatuan Vateran Tentera dan bekas polis untuk mengenal pasti kriteria pemilihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial satu video memaparkan pelajar lelaki di sebuah sekolah asrama penuh yang dipercayai telah dibuli oleh beberapa orang murid.

Insiden yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai.

Susulan daripada insiden itu, Pengerusi Majlis Amarah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengesyorkan seramai tujuh pelajar yang terbabit ditamatkan pengajian dari MRSM berkenaan.

Tindakan buli yang berlaku ini mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai, memandangkan ia membabitkan keselamatan pelajar dan boleh menjadi barah sekiranya tidak dikekang dengan segera.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Buli MRSM: 7 Pelajar Terlibat, Disyorkan Ditamatkan Pengajian – Asyraf Wajdi

MARA sahkan akan mula ambil warden dari kalangan bekas tentera dan polis

Terbaharu, MARA mengesahkan akan memulakan pengambilan warden sepenuh masa dari kalangan bekas pegawai tentera dan polis sebagai projek rintis untuk membentuk disiplin pelajar MRSM serta sifar buli.

Jelas Asyraf, cadangan tersebut telah dibangkitkan dalam Majlis MARA serta sudah dipersetujui sebulat suara.

Akan mulakan projek rintis di beberapa MRSM

Walau bagaimanpun untuk permulaan, projek rintis terbabit akan dimulakan dengan membabitkan beberapa MRSM untuk melihat serta mengkaji keberkesanan inisiatif berkenaan.

“Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan.

“Bahagian Pendidikan Menegah MARA juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan terma-terma rujukan (TOR) tanggungjawab dan bidang tugas warden di MRSM.

“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tegasnya, inisiatid ini dilakukan untuk memastikan matlamat MARA untuk Sifar Buli di MRSM benar-benar mampu direalisasikan.

Ramai yang setuju dan beri cadangan

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut memberikan cadangan bagi menambah baik inisiatif berkenaan seperti membuat pemantauan berkala dan pemasangan kamera litar tertutup untuk mengurangkan aktiviti negatif.

Tidak kurang juga ada yang meminta pihak MARA untuk menapis calon warden agar tidak menimbulkan sebarang isu.

Ada juga yang bersetuju dengan inisiatif tersebut dan berharap agar ia dapat membentuk disiplin pelajar di MRSM

“Terbaik! inisiatif yang bagus. Datuk, semoga anak-anak di MRSM selamat dari kes buli…”
“Setuju. Cuma berharap semoga tak berlaku perkara negatif yang lain pula. Pemantauan berkala dan pemasangan CCTV boleh mengurangkan aktiviti-aktiviti negatif”
“Terbaik, sangat-sangat setuju dengan idea ini. Budaya buli perlu dihapuskan sampai ke peringkat universiti supaya suasana pembelajaran lebih harmoni. Saya suka tindakan cepat dari pihak Dr.”
“Kena pilih bekas tentera dan polis yang tegas tetapi penyabar. Sabar dengan kerenah anak-anak. Jangan lantik yang panas baran. Naye budak-budak”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.