fbpx
Now Reading
Isu Komen Jelik Di FB Ketika Istiadat Pengebumian Negara Pak Lah, Jakim Buat Laporan MCMC

Isu Komen Jelik Di FB Ketika Istiadat Pengebumian Negara Pak Lah, Jakim Buat Laporan MCMC

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyifatkan sikap tersebut amat tidak bertanggungjawab dan tak menghormati perasaan masyarakat Islam khususnya keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 14 April lalu, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian bekas Perdana Menteri kelima negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah juga dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 15 April.

Sepanjang istiadat berlangsung, ramai yang telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir termasuklah para pemimpin dari dalam dan luar negara. Malah ada yang mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi media sosial.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Sir” – KJ Sekeluarga Tersentuh Hati Dengan Kemuliaan Kata-kata Anwar Terhadap Pak Lah

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Jasamu Akan Dikenang” – PM5 Pak Lah Meninggal Dunia

JAKIM lapor MCMC, ada individu muat naik komen jelik

Namun baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas terdapat individu yang memuat naik komen jelik di laman Facebook Astro Awani sewaktu Istiadat Pengebumian berkenaan.

Laporan tersebut dibuat agar siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil serta mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee komen tersebut memperlekehkan dan mempermainkan ajaran Islam, khususnya di saat penuh hiba dan penghormatan terhadap pemergian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Sifatkan individu komen jelik tak hormati perasaan masyarakat Islam dan keluarga Allahyarham

Beliau turut menyifatkan sikap sebegitu amat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perasaan masyarakat Islam khususnya pihak keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Komen berunsur penghinaan ini bukan sahaja mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat Islam, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum, lebih-lebih lagi apabila individu terbabit dikenal pasti berkemungkinan tidak menetap di Malaysia.

“Semua pihak digesa untuk menghentikan sebarang bentuk hantaran atau komen yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini,” jelasnya.

Beliau menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa serta agama untuk mengamalkan sikap saling menghormati serta peka kepada sensitiviti agama dan kepercayaan, sejajar dengan nilai-nilai Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Tular komen jelik seorang pengguna di Facebook

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar memperlihatkan seorang individu meninggalkan komen dengan memburukkan kalimah Al-Fatihah serta ayat yang tidak sopan terhadap Allahyarham Pak Lah.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan orang ramai kurang senang selain menyifatkan ia tindakan yang tidak patut.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada komen berkenaan yang dimaksudkan oleh Jakim atau tidak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.