Hargai Jasa & Bakti Pak Lah, Pulau Pinang Tukar Nama Lebuh Raya Bandar Cassia Kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut mencadangkan agar MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula menjadi MRSM Tun Abdullah Badawi sebagai mengharga jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdullah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pemergian bekas Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 14 April lalu nyata mengejutkan ramai pihak.
Berita menyedihkan itu disampaikan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran di Instagram.
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga mesra dengan panggilan Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 7.10 malam selepas mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke IJN sejak Ahad (13 April) lalu.
Berita pemergiannya ditangisi ramai pihak apatah lagi banyak jasa dan perubahan yang dilakukan oleh beliau semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri (PM) dari tahun 2003 hingga 2009.
Baca Artikel Berkaitan: “Jasamu Akan Dikenang” – PM5 Pak Lah Meninggal Dunia
Hargai Jasa & Bakti Pak Lah, Lebuh Raya Ditukar Nama Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bagi menghargai jasa dan bakti Bapa Pembangunan Modal Insan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk menukarkan nama Lebuh Raya Bandar Cassia menjadi Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, keputusan itu amat signifikan sebagai menghargai jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah yang banyak memberi impak kepada pembangunan negeri sewaktu beliau memegang jawatan sebagai PM.
“Memegang gelaran sebagai bandar masa depan Pulau Pinang, Allahyarham Tun Abdullah telah menamakan Bandar Cassia pada 24 Ogos 2004 dan memperoleh kelulusan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) melalui Pelan Induk Bandar Cassia pada 26 Oktober 2004.
“Penggunaan nama Bandar Cassia sebagai Bandar Baharu di Batu Kawan kemudiannya telah diluluskan oleh MMK pada 10 Ogos 2016.
“Justeru, kerajaan negeri ingin terus mengekalkan legasi Allahyarham Tun Abdullah dengan menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.
Bendera Negeri Pulau Pinang Juga Akan Dikibarkan Separuh Tiang
Bukan itu sahaja, bendera negeri juga akan dikibarkan separuh tiang pada hari Jumaat (18 April) ini sebagai tanda penghormatan terhadap bekas pemimpin negara yang kelima itu.
Ia melibatkan semua premis kerajaan serta pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri itu malah pemilik premis bukan kerajaan juga diseru untuk bertindak sedemikian.
“Pemergian Tun Abdullah merupakan suatu kehilangan besar kepada negara terutamanya Pulau Pinang.
“Semoga semua jasa dan bakti yang telah dicurahkan beliau dalam membangunkan negara serta negeri ini akan sentiasa tersemat dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia dan juga Pulau Pinang,” katanya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ‘Hadiah’ Terbesar Tun Abdullah Kepada Pulau Pinang
Tambah Chow lagi, Jambatan Kedua Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan antara ‘hadiah’ terbesar Allahyarham kepada masyarakat setempat.
Projek itu diumumkan oleh Allahyarham ketika ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) di Parlimen pada tahun 2003.
Allahyarham berpendapat jambatan kedua itu dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di antara Batu Maung (bahagian pulau) serta pembangunan Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian yang baharu.
Antara manfaat lain yang turut diterima adalah peruntukkan sebanyak RM1 billion bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Tambah Chow lagi, manfaat lain adalah Pembangunan Penang Sentral dengan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri sebulat suara bersetuju menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan…
Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Wednesday 16 April 2025
Nama MRSM Kepala Batas Turut Dicadang Dinamakan Semula Sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mencadangkan agar MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula menjadi MRSM Tun Abdullah Badawi.
Ia juga sebagai menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham sebagai Perdana Menteri Kelima.
Jelas Asyraf Wajdi, cadangan itu akan dikemukakan dalam masa terdekat kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri KKDW (Ahmad Zahid) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” jelasnya.
Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah, saya akan mendapatkan persetujuan YAB Menteri untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM TUN ABDULLAH BADAWI.
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday 15 April 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Pak Lah Dimasukkan Ke IJN Kerana Masalah Paru-Paru” – KJ
Baca Artikel Berkaitan: “Susuk Tubuh Yang Dirindui” –Tular Keadaan Terkini Pak Lah Buat Ramai Sebak & Titip Doa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Sir” – KJ Sekeluarga Tersentuh Hati Dengan Kemuliaan Kata-kata Anwar Terhadap Pak Lah



