fbpx
Now Reading
Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Ahli MKT UMNO Gesa Kerajaan Tarik Lesen Penerbitan Sin Chew Daily

Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Ahli MKT UMNO Gesa Kerajaan Tarik Lesen Penerbitan Sin Chew Daily

Menurut Mohd. Razlan yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, Jalur Gemilang bukan sekadar kain berjalur tetapi merupakan panji yang membawa maruah negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (15 April), kecoh di media sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengguna Facebook tentang ketiadaan bulan sabit di bendera Malaysia yang diletakkan pada sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Tidak lama selepas itu, Sin Chew Daily telah tampil memohon maaf berhubung isu terbabit dan menjelaskan bahawa ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar berkenaan berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Meskipun permohonan maaf telah dilakukan, masih ada beberapa pihak yang tidak berpuasa hati dan mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Guna Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf

Mohd. Razlan gesa kerajaan tarik lesen penerbitan Sin Chew Daily

Seperti baru-baru ini, Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii menggesa kerajaan menarik lesen penerbitan Sin Chew Daily.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Mohd, Razlan berkata, pengarang akhbar itu perlu sedar bahawa Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan, perpaduan dan perjuangan rakyat.

Beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Jalur Gemilang bukan sekadar kain berjalur tetapi merupakan panji yang membawa maruah negara.

“Ini negara Malaysia, tidak masuk akal jika mereka yang bekerja di (akhbar berkenaan) langsung tidak mengenali rupa sebenar Jalur Gemilang, melainkan mereka sendiri sudah hilang semangat nasionalisme.

“Jalur Gemilang adalah simbol kontrak sosial kita, di dalamnya tersemat semangat Perlembagaan, kesepakatan kaum dan identiti negara. Hilangnya satu elemen, hilanglah maksud dan makna kebangsaan,” katanya.

Bulan sabit hilang bukan sekadar kesilapan rekaan

Mohd. Razlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, bulan sabit yang hilang dari imej tersebut bukan sekadar kesilapan rekaan.

“Ia adalah lambang Islam sebagai agama Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ini bukan soal teknikal semata-mata, kita sedang menyentuh perkara asas kenegaraan.

“Lebih membimbangkan, insiden ini berlaku dalam suasana politik yang sedang panas, di mana isu 3R (kaum, agama dan raja) sedang dimainkan secara sengaja oleh pihak pembangkang yang tanpa henti menabur fitnah dan dakyah terhadap kerajaan, demi meracuni pemikiran rakyat,” jelasnya

Susulan itu, beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap simbol negara.

“Maka tindakan seumpama ini tidak boleh dilihat sebagai perkara remeh, ia adalah pengkhianatan terhadap simbol negara. Ini bukan kali pertama dan untuk itu, tiada lagi ruang untuk dimaafkan.”

Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii

Sin Chew Daily Buat Pindaan Pada Versi Digital, Versi Cetakan Akan Diterbitkan Semula Hari Ini

Terdahulu, Sin Chew Daily menjelaskan telah membuat pindaan segera kepada imej berkenaan dalam versi digital dan akan membuat cetakan semula dalam versi akhbar bagi hari berikutnya (hari ini).

“Pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital. Ilustrasi yang dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula esok dalam versi cetak akhbar kami,” jelas mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.