Gadis Alami Detik Cemas, Dipeluk & Cuba Ditarik Masuk Dalam Semak Ketika Joging
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam semalam (10 April), gadis berkenaan dikatakan berjoging sendirian di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka sebelum didatangi lelaki berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup sihat, senaman seperti jogging antara perkara yang wajib dilakukan setiap hari.
Lazimnya, tempat bersenam seperti gym atau taman rekreasi sering menjadi pilihan. Kebiasaannya, aktiviti ini sering dilakukan pada waktu pagi atau petang.
Namun bagi segelintir individu bekerja, ada yang memilih waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk bersenam.
Gadis Dipeluk & Ditarik Ke Dalam Semak Ketika Joging Waktu Malam
Siapa sangka, aktiviti menyihatkan itu boleh bertukar menjadi detik cemas bagi seorang gadis apabila dia dicabul seorang lelaki yang memeluk dan cuba menariknya masuk ke dalam semak.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam semalam (10 April), gadis berkenaan dikatakan berjoging sendirian di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka sebelum didatangi lelaki berkenaan.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu bertindak secara rakus dengan mencabul kehormatannya.
Suspek Berjaya Ditahan Polis & Direman 4 Hari
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Banda Hilir, Melaka telah menjalankan operasi memburu suspek sebelum dia ditahan di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi (11 April).
Hasil siasatan awal polis mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu bebas daripada penyalah gunaan dadah.
“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Pada masa yang sama, Dzulkhairi turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sewaktu melakukan aktiviti di luar serta tidak bersendirian untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.
𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝑇𝐴𝑁𝐺𝐾𝐴𝑃𝐴𝑁 𝐼𝑁𝐷𝐼𝑉𝐼𝐷𝑈 𝑇𝐸𝑅𝐿𝐼𝐵𝐴𝑇 𝐾𝐸𝑆 𝐶𝐴𝐵𝑈𝐿 𝑇𝐸𝑅𝐻𝐴𝐷𝐴𝑃 𝑆𝐸𝑂𝑅𝐴𝑁𝐺 𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝐷𝐼 𝑇𝐴𝑀𝐴𝑁 𝑅𝐸𝐾𝑅𝐸𝐴𝑆𝐼 𝐵𝑈𝐾𝐼𝑇…
Posted by Polis Melaka on Thursday 10 April 2025
Kejadian Dapat Perhatian Timbalan Exco Negeri
Terdahulu, kejadian tersebut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang memuat naik status di Facebooknya dan menganggap ia sebagai jijik dan memalukan.
Mohd Noor Helmy yang juga EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri menjelaskan mangsa dipeluk dari belakang, ditekup mulut dan cuba ditarik dalam semak.
Namun, orang ramai yang ternampak kejadian tersebut telah tampil membantu gadis berkenaan.
“Saya sudah menghubungi Datuk Bandar Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman untuk mengambil tindakan segera terhadap perkara seperti ini dan saya memberi jaminan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi anggota penguat kuasanya akan mempertingkatkan rondaan di kawasan ini.
“Golongan `joggers’ juga diminta lebih berhati-hati (ketika bersenam atau beriadah di lokasi itu),” jelasnya.
Saya ada dimaklumkan ada berlaku kes cabul di Taman Bandaraya Bukit Serindit pada pukul lebih kurang 11 malam tadi….
Posted by Mohd Noor Helmy on Thursday 10 April 2025
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sengaja Langgar Wanita di Bazar Ditahan, Akui Gersang Akibat 13 Tahun Hidap HIV
Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual Meningkat

