Siap Jual Dengan RM2, Polis Tahan Remaja Lelaki Disyaki Sunting & Jual Gambar Lucah Guna AI
Menurut Ketua Polis Johor, remaja lelaki yang masih bersekolah dikatakan menggunakan teknologi AI untuk membuat proses suntingan gambar mangsa yang diperolehi dari media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkembangan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan orang ramai.
Manakan tidak, semua urusan harian menjadi lebih mudah dan cepat jika dibandingkan dengan masa lalu.
Contohnya jika masa dahulu, hanya mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang grafik sahaja mahir melakukan proses suntingan gambar.
Kini dengan hanya satu klik di hujung jari, orang yang tiada asas rekaan pun oleh melakukan perkara yang sama.
Namun, ada segelintir individu yang dilihat menyalah gunakan teknologi tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Remaja Lelaki Ditahan, Disyaki Terlibat Sunting & Edar Gambar Lucah
Terbaharu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti menyunting, mengedar serta menjual gambar lucah di media sosial.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita yang berusia 18 tahun pada 3 April lalu.
Mangsa bertindak sedemikian selepas mendapati gambar lucah yang disunting menggunakan wajahnya tular di media sosial.
“Pengadu juga mendapati gambar tersebut turut cuba dijual kepada orang ramai secara dalam talian.
“Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berjaya menahan suspek di sekitar kawasan Kulai sekitar jam 5 petang pada Selasa (8 April),” katanya.
Guna Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Edit Gambar, Siap Jual Dengan Harga RM2
Tambah M Kumar, pihaknya turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk proses suntingan dan memuat naik gambar bogel mangsa ke media sosial sewaktu serbuan dilakukan.
Jelasnya, suspek yang masih bersekolah dikatakan mengguna teknologi AI untuk membuat proses tersebut menggunakan gambar mangsa yang diperolehi dari media sosial.
Malah, gambar yang telah siap disunting kemudiannya dijual kepada orang ramai dengan harga murah iaitu RM2 sekeping.
Polis Terima 8 Laporan Dari Mangsa Lain, Suspek Ditahan Reman 4 Hari
Suspek kini ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula 9 hingga 12 April untuk siasatan lanjut.
“Sehingga kini, polis menerima lapan laporan dari mangsa lain melibatkan isu kes sama. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
“Manakala, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya,” ujarnya.
𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 “𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐀𝐋 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍…
Posted by Polis Johor on Wednesday 9 April 2025
Baca Artikel Berkaitan: Miliki Lebih 19 Ribu Video, Gambar Lucah Kanak-Kanak Dalam Pendrive, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Bulan & Denda RM2,500
Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Di Johor Bahru Didakwa Miliki 2,383 Gambar & 400 Video Lucah Kanak-kanak



