fbpx
Now Reading
KKM Buat Persiapan Jika Amerika Syarikat Kenakan Tarif Atas Produk Farmaseutikal

KKM Buat Persiapan Jika Amerika Syarikat Kenakan Tarif Atas Produk Farmaseutikal

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad, bagi peranti perubatan ia sememangnya sudah disahkan akan dikenakan tarif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini dunia telah dikejutkan dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai tarif baharu yang dikenakan di negara berkenaan.

Apa yang lebih membimbangkan orang ramai, tarif yang diumumkan secara tidak langsung akan memberikan kesan termasuklah Malaysia sebanyak 24%.

Susulan itu, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menjelaskan mengenai perkara tersebut secara terperinci.

Malah beliau turut menyifatkan kesan pada Malaysia adalah tidak seteruk negara jiran yang lain kerana mereka dikenakan tarif lebih tinggi seperti Vietnam sebanyak 45%, Thailand pula 37% dan Indonesia 32%.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tarif Trump Jejaskan Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul [Video]

KKM lakukan persediaan jika Amerika Syarikat kenakan tarif baharu pada produk farmaseutikal

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia yang cakna mengenai perkara itu turut memaklumkan pihaknya sedang membuat persediaan yang rapi ekoran cadangan Amerika Syarika (AS) bagi mengenakan tarif baharu terhadap produk farmaseutikal.

Jelas menterinya, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad KKM memantau rapat pengumuman yang dilakukan oleh presiden Amerika Syarikat berhubung perkara tersebut.

Ujarnya meskipun sebelum ini ada pengecualian mengenai produk farmaseutikan serta peralatan perubatan akan tetapi seperti ada petunjuk baharu yang menunjukkan kemungkinan dasar berkenaan berubah.

“Saya sedang menanti dengan penuh debaran kerana kita belum tahu sama ada farmaseutikal akan turut dikenakan tarif 24% atau tidak. Kalau benar dikenakan, ini akan beri kesan besar.

“Bagi peranti perubatan, memang sudah disahkan akan dikenakan tarif,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Akan buat persediaan sepatutnya kerana import dan eksport babitkan semua negara

Tambah Dr Zulkefly lagi, tarif terbabit akan dibayar oleh rakyat di negara Amerika Syarikat apabila mereka mengimport barangan atau produk dari negara lain.

“Kalau sebelum ini satu produk berharga $100, kini akan naik kepada $124. Ini menjadikan barangan kita kurang kompetitif dan secara tidak langsung memberi kesan kepada daya saing serta rantaian bekalan.

“Walaupun kita belum tahu dengan jelas hala tuju dasar baharu itu, KKM tetap akan membuat persiapan sewajarnya kerana isu import-eksport ini melibatkan semua negara.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.