fbpx
Now Reading
Zayn Rayyan Meninggal Dunia Akibat Dijerut & Telinga Dipotong – Pakar Forensik

Zayn Rayyan Meninggal Dunia Akibat Dijerut & Telinga Dipotong – Pakar Forensik

Saksi ke-27 itu berkata terdapat juga luka potongan dan hirisan pada telinga selain benda asing ditemui pada rongga tekak pernafasan sebelah kanan dan dalam perut si mati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Punca kematian kanak-kanak autistik berusia 6 tahun dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matin masih lagi menjadi tanda tanya ramai pihak selepas kes itu menggemparkan negara pada 2 tahun lalu.

Mungkin ada yang sudah ingat-ingat lupa mengenai kes ini, jadi mari kita imbas kembali. Pada 5 Disember 2023, Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di rumahnya di Damansara Damai dan mayatnya ditemui sehari selepas itu kira-kira 10 malam di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Pada 7 Februari 2023, pihak polis kemudiannya menglasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan dan pada 31 Mei 2024, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan.

Kematian Zayn Rayyan akibat jerutan di leher dan telinga dipotong

Setelah beberapa tahun kes itu dibicarakan, hari ini (8 April) Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu Zayn Rayyan mati akibat jerutan yang kuat di leher.

Pakar Perubatan Perundingan Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh yang kini bertugas di Hospital Pasir Gudang Johor, Dr. Rohayau Shahar Adnan selaku saksi ke-27 berkata, terdapat luka potongan dan hirisan pada telinga selain benda asing ditemui pada rongga tekak pernafasan sebelah kanan dan dalam perut si mati.

“Lelangit si mati turut lebam menunjukkan benda asing dimasukkan atau ditolak secara paksa ke dalam mulut. Walaupun begitu benda asing ini tidak membawa kepada kematian kerana si mati bukannya tercekik akibat kemasukan benda asing (choked to death).

“Di bahagian dubur si mati terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan,” katanya dalam pernyataan saksi,” katanya dipetik Kosmo.

Kecederaan Zayn Rayyan adalah kecederaan baru sejurus sebelum mati

Menurutnya, kecederaan si mati adalah kecederaan ‘perimortem’ atau kecederaan baru sejurus sebelum kematian kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan (vital reaction) yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.

“Tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemui. Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan si mati mengakibatkan kematian.

“Dengan ini, saya simpulkan sebab kematian “Ligature Strangulation” (jerut),” katanya lagi.

Semua dapatan dan hasil kecederaan diperoleh selepas bedah siasat pada 7 Disember 2023

Difahamkan, kesemua dapatan dan hasil kecederaan berkenaan diperolehi selepas saksi pendakwaan ke-27 itu membuat bedah siasat terhadap mayat mangsa pukul 12 tengah hari pada 7 Disember 2023 semasa beliau bertugas di Hospital Sungai Buloh ketika itu.

Kata Dr. Rohayu, proses bedah siasat terbabit turut dihadiri Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Nasir Mustapha dan pemeriksaan luaran ketika itu menunjukkan satu mayat kanak-kanak lelaki yang berpakaian seragam sekolah dengan lampin pakai buang berketinggian 119 sentimeter (cm) dan berat badan 17.2 kilogram (Kg).

“Jasad si mati (ketika bedah siasat) telah mula membusuk menunjukkan warna kulit yang kehijauan, kulit mengelupas dan abdomen yang mengembung. Kesan rendaman iaitu kulit yang berkedut-kedut diistilahkan sebagai ‘washerwoman appearances’ terlihat pada kedua-dua tangan dan kaki si mati.

“Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki seperti yang dinyatakan di atas iaitu ‘washer womanappearance’ hanya menunjukkan sentuhan atau rendaman air bukannya punca kematian kerana si mati tidak mati lemas di dalam air,” kata pernyataan saksi itu lagi.

Perbicaraan bersambung lagi esok.

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa abaikan anak

Terdahulu, ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan pada Disember 2023.

Bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang masing-masing berusia 30 tahun mengaku tak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka ketika di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu bapa kepada Zayn Rayyan itu didakwa bersama-sama telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Jalan PJU Damansara Damai, Selangor pada jam 12 tengah hari pada 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember yang lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Abai Zayn Rayyan, Zaim & Ismanira Mengaku Tak Bersalah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.